Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Nahas Simpang Renggam: Jenazah 4 Sekeluarga Selamat Dikebumikan

Jenazah empat ahli keluarga yang maut dalam nahas jalan raya di Simpang Renggam, Johor semalam selamat disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun pagi tadi.

Menurut laporan Kosmo! Online, mangsa yang dikebumikan ialah Mohd Aiman Mohd Rashid, 36, isterinya Nor Azlina Abd Latif, 33, ibu mentuanya Semek Mat Soh, 73, serta anak saudaranya, Nur Airish Syifa Sidek, 10.

Foto: FB Naraza Muda

Kesemua jenazah tiba di Masjid Sultan Mahmud, Al Muktafi Billah Shah kira-kira jam 8.35 pagi selepas dibawa pulang dari Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom, Kota Tinggi, Johor.

Solat jenazah yang diimamkan oleh Imam Maliki Saidi disertai lebih 100 jemaah. Beliau dilihat tidak dapat menahan sebak ketika memulakan solat berkenaan.

Foto: FB This Is Johor

Suasana pilu turut menyelubungi tanah perkuburan apabila lebih 200 ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan hadir memberikan penghormatan terakhir kepada mangsa.

Kesemua jenazah kemudian disemadikan kira-kira jam 10.40 pagi di lokasi yang terletak bersebelahan pusara bapa Mohd Aiman, Mohd Rashid Dolah yang meninggal dunia kira-kira dua minggu lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: FB Naraza Muda

Foto: FB This Is Johor

Dalam kejadian kira-kira jam 1.16 tengah hari semalam, empat mangsa terbabit maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan lima buah kenderaan di Jalan Renggam-Simpang Renggam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Johor.

Sumber: Kosmo! Online (Nik Nur Izzatul Hazwani Nik Adnan)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kerjasama strategik antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bakal memperkukuh kesedaran pertahanan dalam kalangan mahasiswa, di samping memberi nilai tambah...

Kolumnis

Persekitaran keselamatan serantau yang berubah pantas menuntut sumber manusia pertahanan yang tangkas, celik teknologi dan mampu beroperasi dalam rangka kerjasama awam–tentera. Melalui Kajian Separuh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd