Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Paip Lepas Air Sisa Ke Laut? Pihak Berkuasa Siasat Dakwaan Di Pulau Perhentian

Pihak berkuasa di Terengganu sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan pelepasan air sisa ke laut di Pulau Perhentian selepas dua video yang dirakam seorang penyelam tular di media sosial.

Paip terletak bawah jeti

Video berkenaan memaparkan sebuah paip yang terletak di bawah jeti berhampiran sebuah resort dipercayai melepaskan air berwarna keruh ke perairan sekitar pulau tersebut.

Memetik laporan daripada FMT, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu, Razali Idris berkata beliau telah dimaklumkan mengenai perkara itu dan kini sedang mendapatkan laporan terperinci daripada pihak terlibat.

“Berdasarkan maklumat awal yang diterima, pelepasan yang dilihat dalam video itu dikatakan adalah air sisa yang telah dirawat mengikut piawaian yang ditetapkan, namun perkara itu masih dalam semakan.
“Kerajaan negeri memandang serius isu yang boleh menjejaskan alam sekitar dan imej pelancongan negeri. Jika terdapat sebarang pelanggaran peraturan, tindakan sewajarnya akan diambil,” katanya.

Tular di media sosial

Menurut laporan, video yang dimuat naik di platform Threads itu turut disertakan dengan peringatan kepada penyelam supaya lebih berhati-hati ketika berada di kawasan berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pihak hotel beri penjelasan

Sementara itu, pihak pengurusan Perhentian Marriott Resort & Spa menjelaskan bahawa mereka mengendalikan loji rawatan air sisa sebelum sebarang pelepasan dibuat.

Pihak resort turut menegaskan komitmen mereka untuk terus memelihara alam sekitar serta menjaga keindahan semula jadi Pulau Perhentian demi manfaat pelancong dan komuniti setempat.

Sumber: FMT (Alysha Edward)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Landskap keselamatan global semakin dinamik, dengan ancaman yang tidak lagi terhad kepada serangan fizikal atau bersenjata. Justeru, ukuran kekuatan sesebuah negara pada masa ini...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd