Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Padah Tunjuk Hebat! Polis Tahan 4 Remaja Tular, ‘Wheelie’ Sambil Bonceng Gadis

Polis berjaya menahan dua penunggang motosikal bersama dua pembonceng yang dipercayai terlibat dalam aksi ‘wheelie’ berbahaya di beberapa jalan utama sekitar ibu negara, selepas rakaman kejadian itu tular di media sosial baru-baru ini.

JSPT Kuala Lumpur memaklumkan, kesemua tangkapan dilakukan hasil tindakan susulan Unit Risikan dan Operasi (RO) sekitar jam 12.54 pagi tadi.

Menurut kenyataan itu, semua individu yang ditahan terdiri daripada dua penunggang motosikal lelaki dan dua pembonceng perempuan, masing-masing berusia antara 15 hingga 18 tahun.

“Mereka dipercayai terlibat dalam rakaman video tular memaparkan beberapa penunggang motosikal melakukan aksi ‘wheelie’ secara berbahaya di Jalan Raja Laut, Jalan Tun Razak dan Jalan P. Ramlee,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan pengguna jalan raya lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, JSPT Kuala Lumpur menegaskan pihaknya memandang serius kegiatan samseng jalanan yang bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah turut mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain.

“JSPT Kuala Lumpur akan terus mempertingkatkan tindakan pengesanan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi membanteras aktiviti ini,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman video memaparkan sekumpulan penunggang motosikal melakukan aksi ‘wheelie’ di beberapa lokasi sekitar pusat bandar Kuala Lumpur sehingga mencetuskan kebimbangan orang awam dan pengguna jalan raya.

Sumber: FB Polis Trafik KL

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Sosial

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan rasa sedih terhadap keadaan Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah sarap selepas ribuan penyokong berhimpun bagi menyaksikan siaran langsung...

Lokal

Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini pada Isnin atas tujuh pertuduhan menerima suapan setiap bulan bagi melindungi...

Lokal

Ketua Putera MIC Kebangsaan, Dr Shatesh Kumar Sangar membidas kenyataan berhubung isu penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menurutnya masih belum...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd