Connect with us

WOW

Sajjad Kasi Bantuan Ala2 Ustaz Ebit Lew, Air Redbull Berpenyedut Pula Jadi Perhatian

Sejak dua hari lalu melalui laman Instagram, usahawan kosmetik terkemuka Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman berkongsikan pengalamannya mencuba untuk meringankan beban golongan kurang berkemampuan di sekitar negeri Johor.

Antara bentuk bantuan yang diberikan adalah duit sumbangan sebanyak RM200 setiap sebuah keluarga, barangan asas keperluan dapur seperti beras, kicap, Milo dan sebagainya. Malah, Sajat juga menyatakan bahawa dia cuba melakukan kebaikan seperti ini pada setiap bulan.

“Dengan rezeki sajat ada ini, Sajat akan mengambil rumah

sewa…”

Disebabkan itu, ada yang menyifatkan Sajat cuba mengikut jejak langkah pendakwah bebas iaitu Ustaz Ebit Lew yang kini lebih giat menghulurkan bantuan buat insan-insan yang memerlukan.

https://www.instagram.com/tv/CAXaNACH2rU/?utm_source=ig_embed

Air Redbull berpenyedut minuman pula jadi perhatian!

Dalam misi kedua Sajat menghulurkan sumbangan, dia dilihat merakam perjalanannya menuju ke rumah insan yang mendapat perhatiannya untuk menghulurkan sumbangan. Namun begitu, mata netizen dilihat lebih tertarik kepada tin minum bertenaga Redbull yang dilihat sudah terbuka dan diletakkan penyedut minuman.

“Eyyyy Sajat tak puasa…”

Sudah tentulah, perkara ini mengundang orang ramai untuk melemparkan kata-kata yang tidak sepatutnya buat diri Sajat. Namun tidak kurang juga, terdapat beberapa individu yang tampil untuk menyokong usahawan kosmetik berkenaan dan cuba membuka mata ramai dengan melihat kebaikan yang dilakukan oleh Nur Sajat ini.

“Kebaikan dia sedekah orang susah tak nampak pulak!”

“Redbull yang siap straw tu apahal…”

“Janganlah sangka buruk…”

Sumber: Instagram.

 

Continue Reading
Advertisement

Trending