Connect with us

WOW

Rupa Tak Jadi Ukuran, Lelaki Terima Wanita Alami Kecacatan Wajah Sebagai Isteri

Selain mendapatkan pasangan yang baik budi, kebanyakkan orang juga, pasti akan menitikberatkan soal rupa paras. Majoritinya akan terpikat dengan wajah yang tampan atau jelita.

Akan tetapi, rupa paras yang cantik atau kacak belum tentu mampu menjanjikan kebahagiaan, sebaliknya hati dan keperibadian seseorang penting untuk mendapatkan hubungan yang berkekalan.

Tak pilih rupa tapi hati…

Seperti pasangan pengantin baru dari Batang Jawa Tengah, Indonesia ini, jika dilihat wajah pengantin perempuan mengalami kecacatan membuatkan bahagian kiri muka seperti membengkak.

Namun siapa sangka, kekurangan yang adap pada wanita itu tidak menjadi satu kudis buat lelaki ini untuk merimanya sebagai seorang isteri.

Cinta itu buta…

Boleh dilihat menerusi foto yang dikongsikan, kedua-dua pasangan pengantin baru ini dilihat saling sayang-menyayangi dan kelihatan bahagia.

Mungkin inilah yang dikatakan cinta sejati, apabila pasangan kita sanggup menerima segala kekurangan yang ada dalam diri, walau apa jua keadaan. Semoga suami isteri ini berbahagia till jannah.

Sumber : Rizal Hakim

Continue Reading
Advertisement

Trending