WTF
Rosakkan Katil Kadbod Olimpik, Atlet Israel Minta Maaf Lepas Dikritik Rakyat Jepun

Ramai tahu Olimpik Tokyo 2020 yang sedang berlangsung di Jepun kali ini menonjolkan perbezaan dari pelbagai segi termasuklah ketiadaan penonton dan kewajipan menggunakan pelitup muka disebabkan pandemik COVID-19.
Menariknya, kerajaan Jepun turut menyediakan katil yang diperbuat daripada kadbod kitar semula untuk para atlet sebagai langkah pencegahan ‘maksiat’.
Katil cegah maksiat
https://twitter.com/Paulchelimo/status/1416240846039523331?s=20
Atlet Israel rosakkan katil beramai-ramai
Biarpun katil itu sudah diperjelaskan hanya boleh menampung berat seorang, namun timbul isu lain melibatkan 9 orang atlet besbol Israel melompat atas katil tersebut hingga rosak.
Video berdurasi kurang dari 1 minit itu dikongsi oleh seorang atlet mereka iaitu Ben Wanger menerusi aplikasi TikTok. Ia menjadi tular di media sosial sehingga menimbulkan kemarahan rakyat Jepun dan antarabangsa.
"נראה כמה ישראלים צריך כדי לשבור את אחת ממיטות הקרטון": סרטון טיקטוק שהעלה שחקן נבחרת הבייסבול של ישראל לטוקיו 2020, בן ווגנר, מראה את שחקני הנבחרת "בוחנים" את עמידות המיטות בכפר האולימפי, כשהם קופצים על אחת המיטות בחדר עד שהיא נשברת@lianwildau pic.twitter.com/ATfDU70lww
— כאן חדשות (@kann_news) July 27, 2021
Memetik laporan Japan Today, Komiti Olimpik Israel telah menggesa agar ia dipadam dari aplikasi TikTok.
https://twitter.com/toshi35606707/status/1420364244541874177?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1420364244541874177%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.buzzkini.com%2Ftrending%2F2021%2F07%2F29%2Fatlet-israel-mohon-maaf-selepas-video-mereka-rosakkan-katil-anti-seks-dikritik-hebat-di-jepun%2F
Israel athletes ruining the cardboard bed tsk tsk they ruin everything they see i guess
— living✨ (@prefertaeri) July 28, 2021
Mohon maaf secara terbuka
Menyedari tindakannya dan rakan-rakan lain menimbulkan rasa tidak puas hati orang ramai, Ben membuat permohonan maaf secara tebuka menerusi akaun TikTok miliknya.
Atlet berusia 24 tahun itu meluahkan rasa kesal dan menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai niat tidak baik sebaliknya hanya ingin membuktikan betapa kukuhnya katil kadbod tersebut.
Sumber: Japan Today, TikTok Ben Wanger

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit