Connect with us

Infozon

Risiko Mereka Yang Suka Bawa Telefon Ke Tandas

Penggunaan smartphone atau telefon pintar boleh dikatakan sedikit sebanyak mempengaruh gaya hidup kita sekarang. Dari bangun tidur hinggalah kembali tidur, corak kehidupan kita sedikit sebanyak telah dipengaruhi oleh smartphone yang kita miliki ini.

risiko-mereka-yang-suka-bawa-telefon-ke-bilik-air

Sehinggakan, ada di antara kita yang seperti sudah menjadi habit untuk tidak mahu berenggang dengan smartphone mereka hatta di dalam bilik air sekalipun.

Ada yang memberi alasan bahawa waktu di dalam bilik airlah mereka mendapat sedikit peluang dan privasi untuk bermain dengan  smartphone mereka ini. Namun tahukah anda bahawa habit membawa smartphone masuk ke dalam bilik air ini sebenarnya mempunyai risiko seperti:

1. Jangkitan kuman dan bakteria kepada smartphone 

Meskipun anda mengamalkan cara hidup yang sihat dengan membasuh tangan anda dengan menggunakan sabun anti-bakteria tetapi kami percaya, tiada di antara kita yang membasuh smartphone itu dengan cecair anti-bakteria bukan?

Bakteria-bakteria dihinggap di telefon pintar kita

Bakteria-bakteria dihinggap di telefon pintar kita

2. Pencemaran awam

Bakteria yang hinggap di smartphone ini kemudiannya akan dipindahkan kepada orang lain di sekeliling anda melalui sentuhan. Bayangkan sahaja kalau anda mempunyai anak kecil yang secara tidak sengaja memasukan smartphone ini ke dalam mulutnya?

risiko-mereka-yang-suka-bawa-telefon-ke-bilik-air-3

3. Risiko untuk jatuh

Pastinya bukan pengalaman yang indah, lebih-lebih lagi sekiranya smartphone kita itu mengalami kerosakan di paparan LCDnya.

risiko-mereka-yang-suka-bawa-telefon-ke-bilik-air-4

4. Risiko dimasuki air

Tidak kiralah samadah IP67 ataupun IP68. Satu lagi pengalaman ngeri yang ingin dielakan oleh setiap pemilik smartphone kerana tiada lagi setakat ini syarikat pengeluar smartphone yang melindungi kerosakan yang disebabkan oleh air.

5. Risiko tercicir

Sekiranya anda memasuki tandas-tandas awam, lebih baik dibiarkan smartphone anda ini disimpan kemas di dalam poket seluar ataupun beg tangan bagi mengelakkan ianya tercicir semasa anda keluar meninggalkan tandas.

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending