Inspirasi
‘Rider’ Ojek Menangis Jumpa Wanita Yang Bantu Dirinya 23 Tahun Lepas

Jika kita melakukan kebaikkan, sudah tentu kebaikkan itu akan terus kekal diingati. Kenyataan tersebuat seakan menyamai dengan apa yang terjadi kepada seorang artis wanita di Indonesia beberapa hari yang lepas.
Tak sangka jumpa kanak2 yang pernah dibantu
Dikenali sebagai Melanie Subono di Instagram, dia telah menceritakan perihal bertemu dengan seorang lelaki yang dibantunya ketika lelaki itu masih kanak-kanak.
Menurutnya, dia telah menaiki pengangkutan E-Hailing Indonesia iaitu Ojek Online atau dipanggil Ojol oleh penduduk tempatan. Tanpa disedari, ketika sampai ke destinasi, penunggang Ojol tersebut menyapanya dan menceritakan kisah silam mereka.
Teringat zaman kanak-kanak
Penunggang Ojol itu memberitahu bahawa dia adalah kanak-kanak yang Melanie bawa ke taman reakreasi semasa kecil untuk menggembirakannya kerana dia adalah seorang anak yatim piatu.
Sesampainya disana, selipar yang dipakai putus dan Melanie telah memujuk lelaki itu yang menangis dengan menghulurkan selipar baru.
Budi baik yang dilakukan oleh Melanie benar-benar memberi kesan dalam hidupnya dan sejak hari itu dia bertekad untuk membuat perkara baik dengan membantu orang lain dalam hidupnya.
Walaupun kisah tersebut sudah menjangkau hambir 23 tahun, penunggang Ojol masih mengingati Melanie kerana begitu menyanjungi wanita tersebut. Dia sudah pun berumah tangga dan bekerja dengan mencari rezeki halal membawa Ojol kepada penumpang.
Sumber : Melanie Subono.

-
WOW11 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit