Inspirasi
Remaja Malaysia Jadi Pelajar Paling Muda, Dipilih Masuk Kolej Perubatan Ternama

Selain Dr Amalina Che Bakri yang berjaya membuang ketumbuhan kanser pada mulut Ainul Mardhiah, nampaknya Malaysia akan mempunyai lebih ramai pakar perubatan pada masa akan datang.
Terbaru, remaja berusia 16 tahun Emir Haady Imran Zulharnain mengharumkan nama Malaysia apabila akan menjadi pelajar paling muda yang memasuki Royal College of Surgeons (RCSI) di Dublin pada September ini.
Remaja itu telah mendapat pelbagai kecemerlangan pada usia begitu muda dengan menamatkan peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) di STARS International Academy di Kelana Jaya pada usia 14 tahun.
Paling mengejutkan apabila dia mengambil enam mata pelajaran dalam masa 10 bulan dan memperoleh keputusan 6A+ iaitu Matematik, Matematik Antarabangsa, Fizik, Kimia, Biologi dan Bahasa Melayu.
Dia kemudian menyambung pengajian ke peringkat A-Levels pada usia 15 tahun dengan mendapat gred A bagi subjek Kimia dan Matematik serta A+ untuk Fizik.
Menurut Emir, erti kepayahan dan kegagalan menjadi pembakar semangat serta membantu dirinya untuk terus mendalami minat terhadap bidang perubatan bagi menjadi seorang pakar bedah jantung.
Ibunya, Datin Seri Dr Noraini Abdul Jalil juga menganggap anaknya itu tidak ubah seperti ‘span’ kerana pantas menyerap bermacam-macam ilmu pengetahuan yang dipelajari.
Sumber : The Sun Daily , STARS International Academy

-
WOW10 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit