Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Remaja Berusia 14 Tahun Berjaya Cipta Sabun Rawat Kanser Kulit

Seorang remaja berusia 14 tahun berjaya cipta sabun rawat kanser kulit dan sekali gus meraih gelaran saintis muda Amerika telah berjaya menarik perhatian ramai.

Menurut laporan USA Today, remaja yang dikenali sebagai Heman Bekele membawa pulang hadiah utama wang tunai sebanyak AS$25,000 (RM119,120) selepas bersaing dengan sembilan lagi finalis dalam Cabaran Saintis Muda 3M 2023.

Remaja cipta sabun rawat kanser

Artikel lain: Atlet Ping Pong 11 Tahun Kini Ranking Ke Lima Dunia, ‘Target’ Sukan Olimpik 2032

Heman yang juga merupakan pelajar gred sembilan dari Sekolah Tinggi W.T Woodson di Annandale, Virginia telah menggunakan elemen sabun perubatan bersama tiga ramuan yang boleh mengaktifkan semula sel dendritik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan juga, harga untuk sebuku sabun tersebut hanya AS$0.50 (RM2.38) dimana jauh lebih rendah berbanding kos rawatan perubatan semasa yang mencecah lebih AS$40,000 (RM190,597).

Bukan itu sahaja, dalam masa lima tahun akan datang dia akan memperhalusi kembali inovasi sabun tersebut dan akan menubuhkan satu organisasi untuk mengagihkan sabun berkenaan kepada golongan yang memerlukan.

“Penyakit kanser kulit kebanyakannya dihidap oleh penduduk yang tinggal di negara-negara membangun. Purata kos rawatan perubatan untuk penyakit kanser itu mencecah lebih AS$40,000 (RM190,597).
“Saya berasa amat kecewa dengan idea orang ramai memilih antara rawatan dan menyara keluarga mereka. Sebenarnya, begitu banyak kes kematian boleh dielakkan,” katanya.

Heman sudah mula melakukan penyelidikan berkaitan kanser kulit dan mempelajari mengenai sel dendritik yang dikatakan mampu membantu melindungi kulit dengan meningkatkan tindak balas imun.

Asid salisilik, asid glikolik dan tretinoin antara ramuan yang digunakan dimana mampu memecahkan lapisan luar kulit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Reseptor jenis Toll (TLR) dan protein akan memainkan peranan utama dalam sistem daya tahan semula jadi untuk dilepaskan ke dalam kulit yang melekat dan mengaktifkan semula sel dendritik.

Sel dendritik itu kemudian bergabung dengan sel darah putih untuk melawan sel-sel yang dijangkiti dan Heman menggelar sabun tersebut sebagai sabun merawat kanser kulit (SCTS).

Sumber: USA Today

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh media sosial, Farah Fakhira Fakhrulruzi berkongsi detik paling bermakna dalam hidupnya apabila selamat melahirkan cahaya mata pertama selepas diuji dengan pemergian suami Zaidul...

Sosial

Seorang anak meluahkan rasa hiba atas pemergian bapanya, dipercayai akibat motosikal ditunggang arwah terperosok bawah sebuah lori dalam kejadian di Lebuhraya Pasir Gudang, Iskandar...

Sosial

Satu insiden tular di media sosial apabila seorang individu Jepun meluahkan kekesalan terhadap pelancong Malaysia yang dikatakan menampal pelekat di fasiliti stadium mereka. Menerusi...

Dunia

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengecam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) sebagai “bodoh” berhubung isu Iran, selepas sekutu menolak seruannya untuk menyertai usaha...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd