Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Atlet Ping Pong 11 Tahun Kini Ranking Ke Lima Dunia, ‘Target’ Sukan Olimpik 2032

Atlet ping pong berusia 11 tahun (B11), Dania Elisha Mohd. Airul Haris berjaya mencipta sejarah negara apabila tampil  ranking kelima dunia bagi kategori B11.

Menurut laporan Kosmo, kejayaan tersebut diraih selepas Dania Elisha menjuarai kategori B11 Kejohanan Ping Pong Dunia (WTT) Youth Contender Puerto Princesa 2023 di Filipina baru-baru ini.

Dania Elisha telah membuktikan kehebatannya apabila berjaya menewaskan pemain tuan rumah, Adelle Leopoldo dengan keputusan 1-4, 11-7, 11-3.

Susulan kemenangannya itu membolehkan murid  Sekolah Kebangsaan Bandar Bukit Mahkota itu melonjak dari kedudukan kesembilan ke ranking No.5 dunia dengan 90 mata.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Apa yang lebih menarik, Dania Elisha  beraksi dalam kategori B13 kejohanan itu akan tetapi tewas dengan pemain Vietnam, Le Van Chi Do di separuh akhir dengan keputusan 9-11, 7-11, 11-9, 1-11.

Pada dua minggu lalu, Dania Elisha menjuarai WTT Youth Contender Vientiane 2023 di Laos dan selepas ini akan turun berentap dalam Kejohanan Asian Hope 2023 yang bakal diadakan di Bangkok, Thailand dari 3 hingga November.

Perjalanan Dania Elisha dalam dunia sukan Ping Pong ini di jalan yang tepat dalam memburu misi bergelar pemain ranking pertama dunia bagi kategori B13 selama dua tahun berturut-turut pada 2024 dan 2025.

Dalam perancangan jangka masa panjang pula, Dania Elisha mempunyai hasrat untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2032.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo (Muhammad Zuhaily Badlishah)

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemain sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi menegaskan komitmennya untuk terus bersama kelab Harimau Selatan bagi tempoh yang panjang. Menurut laporan Kosmo!...

Politik

Timbalan Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan telah mengkritik kenyataan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengenai kemungkinan berlakunya Pilihan Raya...

Dunia

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dilaporkan mengumumkan larangan penyertaan kanak-kanak sebagai jemaah semasa musim haji 2025. Dilarang sertai musim haji 2025 Foto: Azernews...

Lokal

Punca seorang lelaki menembak tukang cuci di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam malam tadi mungkin disebabkan tidak puas hati ditegur supaya mengalihkan barang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd