Connect with us

Infozon

Ramai Lega Macau Scam Tumpas! 750 Akaun Dibeku SPRM, Rumah & Kereta Mewah Disita

Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai penahanan ‘geng’ sindiket Macau Scam yang telah lama bermaharajalela di negara ini. ‘Bos besar’ berstatus VIP telah ditahan membabitkan lapan orang kesemuanya yang kini dalam siasatan pihak berkuasa.

Hampir RM80 juta hasil scam

Menurut laporan Harian Metro, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membekukan sejumlah 750 akaun membabitkan RM75 juta milik sindiket berkenaan.

#kualalumpur Rumah dan kereta mewah milik lapan individu yang ditahan sebelum ini turut disita bagi membantu siasatan.https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/10/627735/sprm-beku-750-akaun-babitkan-rm75-juta

Posted by Harian Metro on Monday, October 5, 2020

Amboi! Bukan main melibatkan jutaan wang ringgit rakyat Malaysia yang kena scam ni, bukan sikit-sikit ‘geng’ buat kerja macam ni. Yang pasti, difahamkan ‘target’ mereka tentulah duit simpanan warga emas yang selalu menjadi mangsa.

Menurut sumber, rumah dan kereta mewah milik lapan individu yang ditahan sebelum ini turut disita bagi membantu siasatan.

“Sebanyak 24 kereta mewah di mana lima milik lelaki bergelar Datuk yang dipercayai dalang sindiket ini turut disita SPRM,” kata sumber tersebut.

Syukur dah kena tangkap

Rata-rata netizen meluahkan rasa syukur dan lega kerana sindiket jenayah terbesar negara itu telah berjaya ditumpaskan. Masing-masing berpuas hati dan berharap agar penjenayah berkenaan mendapat balasan setimpal.

Harap kena hukuman berat

Ambil iktibar

Jangan suka menunjuk

Penat-penat orang kumpul duit, mereka ‘tapau’ macam tu je! Harap pihak yang menganiaya orang ramai mendapat balasan setimpal dengan apa yang mereka lakukan.

Sumber: Harian Metro (Muhaamad Hafis Nawawi)

Continue Reading
Advertisement

Trending