Connect with us

WTF

“Rakyat Malaysia Tidak Berhak Dapat Sesuatu Yang Baik” -Kecewa Mural Dipadam

Kemarahan netizen Malaysia dilihat meletus setelah dilaporkan, terdapat invidividu busuk hati yang menconteng kata-kata kesat di mural viral yang memaparkan wajah wira-wira negara. Seperti yang dijangka, perkara  ini mendapat liputan yang sangat meluas sehinggakan karya berkenaan terpaksa dipadam demi kesejahteraan semua.

Kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam dilihat melakukan kerja-kerja pemadaman mural dan potret lukisan pemimpin negara yang diconteng berkenaan pada awal pagi tadi di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam.

“Terima kasih sokong bakat saya…”

Pelukis mural berkenaan, Suhaimi Ali turut meninggalkan pesanan dan ucapan terima kasih buat rakyat Malaysia yang telah menyokong hasil karyanya.

Terpaksa dipadam, ramai yang luahkan rasa kecewa

Sudah tentunya, tindakan MBSA memadam kesemua mural itu telah mengundang rasa sebak orang ramai. Bahkan, masyarakat juga dilihat luah kecewa dengan tindakan individu busuk hati berkenaan.

Ramai juga tumpang simpati dengan si pelukis berkenaan berikutan kejadian yang menimpa muralnya itu.

Sedih! Mural begitu cantik terpaksa dipadam!

Tolonglah tangkap si pelaku!

Kesian pelukis! Harap2 si pelaku boleh dikenakan hukum

Buru mereka yang tidak bertamadun sampai dapat!

Hasil kerja yang bakal dirindui ramai. Terima kasih wahai pelukis. Keringatmu dalam ingatan.

Sumber: Suhaimi Ali, Twitter,

Continue Reading
Advertisement

Trending