Connect with us

Berita

Rajapaksa Hantar Surat Letak Jawatan Melalui E-Mel

CikKoin

Diterbitkan

pada

Penantian yang ditunggu oleh rakyat Sri Lanka akhirnya tiba, Presiden Gotabaya Rajapaksa telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai presiden secara rasmi melalui e-mel kepada Speaker Parlimen Sri Lanka, Mahinda Yapa Abeywardana ketika berada di Singapura, semalam.

Difahamkan, surat tersebut pada awalnya akan dihantar pada Rabu lalu namun, Rajapaksa tidak membuat demikian selepas meninggalkan negaranya dengan menaiki sebuah pesawat ke Maldives.

“Beliau telah meletakkan jawatan secara sah, berkuat kuasa Khamis (semalam). Saya menerima peletakan jawatan itu,” kata Abeywardana kepada pemberita.

Ujarnya lagi, badan perundangan negara itu akan dipanggil untuk melakukan persidangan pada esok hari dan berharap proses pilihan raya untuk memilih ahli parlimen yang bakal menggantikan Rajapaksa dapat diselesaikan dalam tempoh tujuh hari.

Rajapaksa yang mempunyai keistimewaan sebagai presiden bertindak melarikan diri ke luar negara sebelum melepaskan jawatan adalah satu cara untuk menggelakkan dirinya daripada ditahan atau didakwa.

Malah, Singapura telah mengesahkan bahawa bekas presiden itu telah memasuki ke negaranya atas lawatan peribadi dan negara Republik itu tidak menawarkan sebarang bentuk suaka kepadanya.

Terbaharu, bekas presiden yang berusia 73 itu berkemungkinan akan membuat penerbangan ke Arab Saudi sebagai negara persinggahannya yang ketiga untuk melarikan diri.

Semasa pemerintahan Rajapaksa lalu, Sri Lanka telah jatuh muflis kerana gagal membayar hutang pinjaman asingnya sejak Mei lalu dan catuan bahan api akan dilaksanakan pada awal bulan ini.

Sumber: Berita Harian

Facebook Comments

Trending