Connect with us

WTF

Punca Nahas, Pesawat Air India Express Kehabisan Minyak

Kapal terbang Air India Express Boeing 737 yang terbelah dua akibat tergelincir ketika mendarat semalam, dikatakan sudah kehabisan minyak dan menyebabkan pesawat itu tidak terbakar.

Mengimbau detik cemas itu, penumpang, Renjith Panangad, 34, berkata keadaan bertukar ‘gelap’ ketika pesawat terbabit mendarat.

“Pintu kecemasan terbuka sejurus pesawat terhempas dan saya cuba sedaya upaya untuk keluar dan ketika itu, bahagian hadapan pesawat sudah hilang…”

“Saya tak tahu macam mana berjaya keluar tetapi sangat bersyukur kerana terselamat dan masih dalam ketakutan,” katanya ketika ditemui AFP di hospital dekat Kozhikode…”

Menteri Penerbangan, Hardeep Singh Putri, berkata angka korban meningkat kepada 18, malam tadi.

Menurut jurucakap Kementerian Penerbangan Awam, Rajiv Jain, enjin pesawat pecah kepada dua bahagian dan di temui dalam kawasan lembah sedalam 10 meter tetapi tiada kebakaran dilaporkan dalam pesawat.

Pesawat itu membawa 173 penumpang dewasa, 10 kanak-kanak, dua juruterbang dan lima kru penerbangan.

Air India Express Boeing 737 dari Dubai itu adalah pesawat evakuasi COVID-19, dan tergelincir dari landasan memasuki tebing ketika hujan lebat di Kozhikode.

Sumber : Berita Harian

Continue Reading
Advertisement

Trending