Connect with us

WOW

Puluh Ribu Umat Islam Berhimpun & Sertai Selawat Bersama Ustaz Abdul Somad

Satu pencapaian yang sangat mengharukan apabila melihat ribuan himpunan umat islam, bersatu hati memenuhi majlis ilmu. Perkara ini amat jarang lihat berlaku, tetapi apabila majlis seperti ini diadakan sudah pastinya dapat sambutan yang sangat luar jangkaan.

Baru-baru ini, tular secara meluas di media sosial, sebuah video rakaman himpunan umat islam sedang berselawat bersama-sama. Selawat tersebut dikatakan telah diiringi dan diketuai oleh penceramah popular di Indonesia iaitu Ustaz Abdul Somad.

“50,000 jemaah selawat bersama”

Video rakaman tersebut telah dimuat naik oleh seorang rakyat dari negara seberang, Ardani Hasby melalui akaun Facebook peribadinya.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir lebih dari 141,000 tontonan dan 5,000 perkongsian oleh pengguna Facebook.

Sukses Kobar bersholawat bersama Ustadz. Abdul Somad. Lc.MA

Posted by Ardani Hasby on Monday, December 2, 2019

Masya Allah, Alhamdulillah!

Sudah pastinya, situasi seperti ini yang ingin dilihat oleh kesemua umat islam di seluruh pelusuk dunia. Rata-rata warga Facebook yang melihat video dan keadaan diatas, pastinya berasa sebak dan terharu apabila dengar bacaan selawat yang telah dialunkan beramai-ramai.

Jemaah yang paling terbanyak!

Semoga islam tetap megah sehingga akhir zaman!

Subahanallah, Allahuakbar!

Semoga umat islam di seluruh islam sentiasa bersatu hati dan tidak mudah berpecah belah serta kekal utuh hingga ke akhir zaman. Aminnn.

Sumber: Ardani Hasby.

Continue Reading
Advertisement

Trending