Connect with us

Inspirasi

“Pulangkan anakku…” – Setahun Hilang, Bapa Mimpi Jumpa Zahir Sedang Tersenyum

Penantian selama setahun diselangi dengan air mata dan harapan, begitulah perasaan Mohd Fauzi bapa kepada Muhammad Zahiruddin Putra,8, kanak-kanak yang hilang selepas keluar bermain bersama rakan 15 April tahun lalu.

Kerinduan terhadap Zahir semakin menebal sehingga bermacam-macam andaian dan mimpi telah dilalui, berharap ia adalah petunjuk dimana anaknya berada.

Menerusi hantaran di Facebook, Mohd Fauzi memberitahu sejak kehilangan itu, dia serta anak-anaknya sering bermimpi mengenai Zahir.

Mimpi jumpa Zahir sedang tersenyum

Fauzi bercerita pernah satu malam dia bermimpi dikelilingi orang yang berjubah dan membawa tongkat sebelum terlihat kelibat Zahir yang sedang tersenyum. Manakala, anak sulungnya bermimpi Zahir sedang bermain dalam rumah.

Zahir balik rumah minum air

Anak kedua Fauzi, Dayang, pula bermimpi berjumpa Zahir sedang minum di dapur rumah dan dalam mimpi itu juga dia sempat berbual dengan Zahir.

Advertisement

Aku nak bawa kau balik Zahir

Pulangkan anak aku!

Kakak yang lain pula bermimpi Zahir pulang rumah dalam keadaan tubuhnya kotor dan penuh dengan lumpur dan berlumut. Sementara itu, Fauzi pernah bermimpi melihat Zahir bersama seorang perempuan

Banyak kali mimpi Zahir balik rumah

Dayang sekali lagi bermimpi, Zahir sedang bermain di kawasan rumah sebelum hilang entah kemana.

Berserah hanya pada Allah

Segala usaha dan ikhtiar telah dilakukan, kini Mohd Fauzi hanya mampu berdoa dan meminta agar anaknya Zahir segera ditemui dan bersatu semula dengan keluarga.

Begitu perit dugaan yang ditanggung keluarga ini, semoga satu hari nanti mereka berjaya menemukan Zahir dalam keadaan selamat.

Sumber : Mohd Fauzi

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Trending