Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Platform Kongsi Pandangan, INSTUN Anjur Seminar Pembangunan Tanah Malaysia MADANI 2024

Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN), di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam telah menganjurkan Seminar Pembangunan Tanah Malaysia MADANI 2024 yang menyediakan platform bagi menyuarakan pandangan berkenaan pembangunan tanah.

Pengarahnya Khairin Nazry Karim berkata, antara tujuan penganjuran seminar ini adalah bukan sekadar bagi menyebarkan ilmu pengetahuan berkaitan pembangunan tanah malah berkongsi pandangan bersama pelbagai pihak.

INSTUN anjur Seminar Pembangunan Tanah MADANI

Seminar Pembangunan Tanah MADANI

“Ia dilaksanakan sebagai platform mengarusperdanakan dialog mengenai isu-isu pembangunan tanah dari sudut pandang yang pelbagai.
“Perbincangan mengenai isu-isu pembangunan tanah ini amat kritikal bagi meningkatkan kesedaran akan kepentingan memelihara kemampanan biosfera, seperti mana yang digariskan dalam tonggak pertama konsep MADANI.
“Seminar ini memberi penekanan kepada perbincangan mengenai pelbagai cabaran dalam menguruskan pembangunan tanah secara MADANI di Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan tonggak pertama pembentukan MADANI iaitu Kemampanan atau sustainability, mengambil ilham daripada konsep pembangunan lestari atau sustainable development.

Seminar Pembangunan Tanah MADANI

“Konsep pembangunan ini menekankan kepentingan membina sebuah tamadun yang memenuhi keperluan generasi sekarang, sambil menyediakan dan mempersiapkan dunia yang berdaya huni dan memenuhi keperluan generasi akan datang,” ujarnya.

Tambahnya lagi, bagi memastikan situasi itu berlaku, kerangka undang-undang dan peraturan adalah penting bagi menjamin proses pembangunan tanah yang mampan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Polis, KKM Siasat Remaja 14 Tahun Menyamar Sebagai Kakitangan Hospital Serdang

“Ia juga mampu memelihara alam sekitar tanpa mengabaikan kepentingan pembangunan ekonomi yang memberi manfaat kepada rakyat dan negara, selari dengan konsep 3P dalam pembangunan mampan iaitu People, Planet dan Profit,” jelasnya.

Seminar Pembangunan Tanah MADANI

Sementara itu, Khairin Nazry memaklumkan pemajuan atau pembangunan tanah dikawal atur melalui kerangka perundangan, contohnya Akta Kerajaan Tempatan, Akta Perancangan Bandar dan Desa, Kanun Tanah Negara dan Akta Hakmilik Strata.

“Serta pematuhan terhadap garis panduan, pekeliling dan peraturan yang ditetapkan oleh agensi-agensi penjaganya,” katanya.

Beliau turut berkata INSTUN berharap dengan penganjuran seminar itu, mereka dapat melihat sudut pandangan dari banyak pihak dan seterusnya mengharmonikan kepelbagaian pandangan ini.

“Banyak isu-isu tersangkut dalam pembangunan tanah yang boleh difokuskan, contohnya dalam isu konflik syarat nyata tanah di dalam Kanun Tanah Negara bersetentang cadangan pembangunan tanah dan zon guna tanah pada Rancangan Tempatan dan banyak lagi,” ujarnya.

Seminar Pembangunan Tanah MADANI

Pada masa sama, INSTUN juga telah menyediakan pelbagai perspektif buat peserta seminar itu dari PLANMalaysia dan Majlis Bandaraya Ipoh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Seminar tersebut juga dihadiri Setiausaha Bahagian Tanah, Ukur dan Geospatial NRES yang mewakili peranan pentadbir tanah selain turut menjemput wakil dari pihak akademik bagi memastikan perbincangan mencakupi pelbagai perspektif.

“Harapan saya agar program hari ini memberi manfaat kepada semua dan mencapai semua objektif yang ditetapkan.
“Sebagai satu-satunya peneraju Kluster Kecemerlangan Latihan Pengurusan dan Perundangan Tanah di Malaysia, usaha murni ini adalah sangat bertepatan dengan prinsip dasar pewujudan sebuah Institut Latihan Awam seperti INSTUN.
“Prinsip itu adalah to disseminate, to generate and to preserve knowledge atau untuk menyebar, untuk menjana dan untuk memelihara ilmu.
“Semoga segala usaha kita ini dikira sebagai suatu amal soleh dan saya doakan agar kita semua diberikan ganjaran berlipat kali berganda,” katanya lagi.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sukan

Bintang sensasi Brazil, Neymar, mengumumkan pengakhiran karier antarabangsa selepas negaranya tersingkir di pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 apabila tewas 2-1 kepada Norway di...

Spotlight

Aktor Bollywood, Aamir Khan kembali bergelar suami selepas lima tahun menduda apabila sah berkahwin dengan ahli perniagaan dan perunding gaya, Gauri Spratt dalam satu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd