Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Gara-Gara Bomoh! Pesakit Sanggup Jual Rumah, Diminta Cari Hati Burung Mati Bercinta Rawat Kanser

Pesakit Sanggup Jual Rumah

Seorang pesakit sanggup jual rumah, barangan kemas serta wang simpanan yang keseluruhannya berjumlah lebih RM60,000 akibat percayakan bomoh yang diperkenalkan rakannya bagi merawat kanser dihadapinya sejak 2011.

Memetik laporan Harian Metro,  dia dikenali Che Intan Md Zain memberitahu dia merupakan pesakit kanser otak yang kini masih berjuang melawan penyakit itu.

Dia berkata, meskipun insiden sudah lama berlalu, namun ia merupakan kenangan tidak dapat dilupakan, lebih-lebih lagi dirinya takut untuk mendapatkan rawatan di hospital.

“Namun tak sangka, bomoh yang ditemui di Titi Gajah, dekat sini, sanggup menipu saya untuk mendapatkan wang, tetapi keadaan saya makin teruk sehingga sebelah mata kabur akibat kanser yang terus merebak tanpa rawatan sewajarnya,” katanya.

Pesakit Sanggup Jual Rumah

Che Intan berkata, dia tidak malu berkongsi pengalamannya di majlis berkaitan pesakit kanser agar orang lain tidak terpedaya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kongsinya lagi, dia pernah melalui ritual seperti mandi tujuh jenis bunga selama tujuh hari serta mencari hati burung mati bercinta dan kain kapan orang mati pada hari Selasa.

Ujarnya, dia menyerahkan wang simpanan dan hasil jualan rumah kepada bomoh kerana tidak mampu memenuhi permintaan ritual.

Sebelum itu, dia telah menjalani pembedahan di Hospital Pulau Pinang untuk membuang tumor serta menjalani ujian CT scan dan MRI.

Namun, kesihatannya terus merosot, tumor di otak semakin membesar, dan penglihatannya menjadi kabur.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Che Intan berkata, dia hilang segala-galanya sekelip mata hingga terpaksa menumpang di rumah ibunya, Hatijah Long, 86, yang semakin uzur.

“Saya malu dengan semua orang, termasuk ahli keluarga. Suami pula (Maznan Mohd Din, 62) sebelum ini bekerja sebagai pengawal keselamatan tetapi kini tidak bekerja kerana sudah berusia.
“Kami mempunyai seorang anak lelaki berusia 33 tahun yang sudah berkahwin dan tinggal berasingan, manakala anak angkat berusia 16 tahun tinggal bersama di sini,” katanya.

Tambah wanita berusia 62 tahun, sehingga kini dia masih  trauma dengan kejadian yang menimpanya akibat mempercayai bomoh, menyebabkan dia menyambut Ramadan dan Aidilfitri secara sederhana setiap tahun.

Walaupun peristiwa itu berlaku lebih 10 tahun lalu, dia masih merasa kehilangan segalanya, termasuk rumah yang dibeli dengan hasil usaha sendiri.

Artikel lain: Gagal Bayar Tunggakan Sewa Sehingga RM34,000, MBS Cabut 6 Pintu Rumah PPRT

Sementara itu, Che Intan berkata, kalaulah dia lebih awal bertemu dengan badan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Cancer Survivors Malaysia (CSM), sudah tentu dia akan mengikut semua rawatan di hospital kerana pertubuhan itu banyak memberi nasihat serta bantuan kepada pesakit kanser sehingga ada yang akhirnya bebas kanser.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Pengerusi CSM, Zuraini Kamal, berkata kisah Che Intan perlu dijadikan pengajaran bahawa khidmat bomoh tradisional tidak semuanya boleh dipercayai.

Beliau turut menasihatkan semua pesakit kanser supaya mengikut rawatan yang ditetapkan oleh doktor, termasuk kemoterapi dan radioterapi.

Sumber: Harian Metro (Zuliaty Zulkiffli)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Buat julung kalinya dalam sejarah moden, kardinal Malaysia akan menyertai proses pemilihan ketua agama Katolik dunia yang baharu selepas pemergian Paus Francis. Kardinal Malaysia...

Lokal

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa kesan darah di dalam bilik rumah yang didiami Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin adalah milik kanak-kanak...

Lokal

Seorang lelaki yang teruja hendak menemani seorang wanita baru dikenalinya di media sosial akhirnya menjadi mangsa serangan fizikal dan ugutan oleh tujuh individu di...

Lokal

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menzahirkan ucapan tahniah kepada dua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) iaitu Kuala Kubu Bharu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd