Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Gagal Bayar Tunggakan Sewa Sehingga RM34,000, MBS Cabut 6 Pintu Rumah PPRT

Baru-baru ini, Majlis Bandaraya Seremban (MBS) membuat Operasi Penguatkuasaan Cabut Pintu terhadap penyewa yang culas membayar sewa Rumah Pangsa Kos Rendah (PPRT).

Difahamkan, MBS telah menanggalkan enam pintu rumah penyewa di PPRT Lobak selepas gagal menjelaskan tunggakan sewa sehingga ada yang mencecah RM34,000.

MBS Cabut 6 Pintu Rumah PPRT

@mbseremban

[PART 1] Operasi Tunggakan Sewa Rumah Pangsa Kos Rendah Lobak (PPRT Lobak) pada 27 Februari 2025 #MajlisBandarayaSeremban #mbseremban #MampanBersihSejahtera #SayangiMBS #MalaysiaMadani #demipertiwi

♬ bunyi asal – Majlis Bandaraya Seremban – Majlis Bandaraya Seremban

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Datuk Bandar Seremban, Datuk Masri Razali, pihak yang terlibat dalam operasi tersebut adalah Ahli Majlis MBS, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MBS dan Jabatan Undang-Undang dan Penguatkuasaan MBS.

“Operasi ini turut dibantu oleh anggota polis dari Balai Polis Jalan Campbell dan ia dilakukan secara berhemah tanpa melibatkan sebarang insiden dalam melaksanakan tindakan penguatkuasaan.
“MBS sentiasa memberi peluang dan membantu penyewa dengan menyediakan pelbagai kaedah supaya penyewa dapat menjelaskan tunggakan sewa dengan kadar sewa RM150 sebulan,” katanya.

Artikel lain: “Sambung Ayat Al-Quran Dapat Apam Balik Percuma..”- Peniaga Dipuji Niaga Sambil Berdakwah

Difahamkan, operasi tersebut tertumpu kepada enam penyewa yang mempunyai tunggakan tertinggi iaitu di antara RM17,000 hingga RM34,000.

Notis penamatan perjanjian penyewa terlibat telah tamat pada 31 Januari lalu dan tempoh pengosongan rumah juga telah berakhir pada 26 Februari.

Advertisement. Scroll to continue reading.

MBS Cabut 6 Pintu Rumah PPRT

MBS Cabut 6 Pintu Rumah PPRT

Setelah tamat tempoh dan peluang yang diberikan, MBS telah mengambil tindakan menanggalkan semua pintu di rumah terlibat sebagai pengajaran supaya mereka segera menjelaskan tunggakan.

Pun begitu, penyewa masih dibenarkan untuk tinggal di kediaman berkenaan buat sementara waktu sebelum menyelesaikan hutang tertunggak atau menyewa rumah lain.

Sumber: TikTok @Majlis Bandaraya Seremban, Sinar Harian (Norafidah Assan)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pelajar yang pernah kerap tidak hadir ke sekolah akhirnya bertukar menjadi inspirasi apabila kini berjaya menjadi anggota bomba, hasil perubahan yang bermula...

Sosial

Seorang lelaki berkongsi luahan susulan tular dakwaan wajah isterinya mirip mangsa kes pembunuhan tragis, arwah Nurfisya Zulkifly yang dilaporkan berlaku di Kampung Simah, Ketereh,...

Lokal

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun terhadap Rosmaini Abdul Raof selepas mendapati hukuman terdahulu tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan...

Dunia

Seorang pengantin perempuan di Garut, wilayah Jawa Barat menjadi perhatian pengguna media sosial selepas menerima sebuah kebun kelapa sawit sebagai mas kahwin, lapor portal...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd