Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Rohingya Tinggal Berselerak Di Selangor, Polis Akui Bimbang Aspek Jenayah

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus memperhebat operasi mengesan dan menahan pelarian Rohingya yang terlibat dalam kegiatan jenayah di negara ini bagi memastikan keselamatan awam terus terpelihara, lapor Malaysia Gazette.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, jumlah sebenar pelarian Rohingya yang berada di negeri itu sukar dipastikan kerana mereka tinggal secara berselerak di pelbagai lokasi, selain sebahagiannya tidak berdaftar dengan pihak berkuasa.

Menurut beliau, situasi tersebut menimbulkan kebimbangan terutama apabila terdapat individu dalam kalangan mereka yang dikaitkan dengan pelbagai kesalahan jenayah.

“PDRM sentiasa menjalankan tindakan penguatkuasaan secara berterusan terhadap pendatang dan pelarian yang terlibat dalam kegiatan jenayah, terutama jenayah kekerasan dan jenayah harta benda.
“Bagi tempoh Januari hingga Mei 2026 pula, sebanyak 52 kes jenayah melibatkan warga Rohingya direkodkan dengan 73 individu ditahan.
“Manakala sepanjang tahun lalu, sebanyak 140 kes membabitkan warga Rohingya telah direkodkan dengan seramai 227 individu berjaya ditahan,” katanya.

Foto arkib: Bernama

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengulas isu penempatan komuniti Rohingya di Selangor serta tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan polis.

Shazeli berkata, pihaknya memandang serius isu berkenaan memandangkan terdapat etnik Rohingya yang berada di negara ini tanpa berdaftar, selain lokasi penempatan dan identiti mereka sukar dikenal pasti.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, keadaan itu memberi cabaran kepada pihak berkuasa dari aspek pemantauan serta kawalan keselamatan.

“Justeru, kerjasama rapat terus dijalinkan dengan Jabatan Imigresen Malaysia dan pihak berkuasa tempatan bagi melaksanakan operasi bersepadu untuk mengesan serta mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar undang-undang,” ujar Shazeli.

Foto arkib: BH Online

Tambahnya, sebanyak enam operasi bersepadu telah dilaksanakan di seluruh Selangor sepanjang tahun lalu dengan penglibatan pelbagai agensi penguat kuasa.

Dalam pada itu, beliau menyarankan pihak berkaitan mengambil tindakan terhadap penempatan haram, termasuk mempertimbangkan penempatan semula komuniti berkenaan di kawasan yang lebih mudah dipantau bagi memudahkan aspek kawalan dan keselamatan.

Sumber: Malaysia Gazette (Absyar Rina Yusra Asmadi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Dunia

Kedutaan Itali di Bangkok memohon maaf kepada rakyat Thailand selepas sekumpulan pelajar Itali didakwa mengganggu ketenteraman awam ketika berada dalam perkhidmatan BTS Skytrain baru-baru...

Nasional

Keyakinan industri pertahanan global terhadap keupayaan Malaysia sebagai penganjur pameran bertaraf dunia terus diperkukuh apabila beberapa syarikat antarabangsa mengesahkan penyertaan awal dalam Pameran Antarabangsa...

Sukan

Malaysia dijangka kembali menjadi tuan rumah perlumbaan Formula Satu (F1) apabila Litar Antarabangsa Sepang (SIC) disebut-sebut bakal menganjurkan Grand Prix Bahrain pada Oktober ini...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd