Connect with us

Inspirasi

Pertahan Al-Quran Dibakar, Lelaki Diangkat Sebagai Hero Islam

Setelah menyerang pemimpin anti-Islam yang membakar salinan al-Quran, seorang lelaki digelar hero Islam kerana berani bertindak setelah tidak sanggup melihat kitab suci diperlakukan seperti itu.

Lelaki tersebut, Omar Dabaa bertindak untuk menyerang pemimpin yang dikenali sebagai Lars Thorsen itu sebelum ditahan pihak polis ketika demonstrasi tunjuk perasaan anti-Islam di Norway baru-baru ini.

Tukang masak di sebuah restoran Syria di Norway itu berkata, dia akan berdiri teguh dan menegakkan kebenaran terhadap apa yang telah berlaku demi menjaga kehormatan dan kesucian al-Quran.

“Saya rasa perlu berkongsi pendapat dan pengalaman mengenai apa yang berlaku pada 16 November lalu.

“Tapi saya perlukan sedikit masa sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan kerana tidak mahu mendatangkan kesan yang buruk,” katanya.

Terdahulu, Omar didenda polis tempatan kerana mengganggu demonstrasi tersebut dan mula menjadi bualan warganet yang memuji keberaniannya walaupun dikelilingi puak anti-Islam.

Sumber : Urdu Point , Facebook

Continue Reading
Advertisement

Trending