Inspirasi
Pernah digelar panda oleh rakan, transformasi lelaki ini dari gemuk ke kurus jadi inspirasi

Bukan mudah untuk mendapatkan bentuk badan ideal yang menjadi idaman terutama bagi mereka yang mempunyai berat badan berlebihan. Pelbagai usaha dilakukan bagi mencapai perubahan dan transformasi untuk menurunkan berat badan, lebih-lebih lagi dalam jangka masa yang tidak terlalu panjang.
Bagi Sheikh AmilHisham, dia telah berkongsi kisah motivasinya dalam melakukan perubahan bagi merealisasikan impian yang diidamkan selama ini. Bermula pada April 2016, dia mula aktif dalam bidang kecergasan sehingga mendapatkan khidmat ‘personal trainer, namun tidak mendatangkan sebarang hasil.
Pernah diberi gelaran sebagai ‘anak panda’, ianya membuatkan dia lebih bersemangat untuk menguruskan berat badan. Hasilnya berjaya melakukan perubahan berat badan yang ketara iaitu dari 111kg ke 69kg.
Menurut Sheikh, terdapat beberapa jenis menu yang diamalkan dan dielakkan setiap hari sepanjang proses mendapatkan bentuk badan yang dimilikinya sekarang.
Sarapan pagi
Oat, chia seed, madu, hot green tea serta apple cider.
Makan tengahari
Ayam, ikan dan perlu ada sayur-sayuran.
Makan malam
Buah-buahan seperti kiwi, tembikai, epal, nenas, dan betik. Tiada makanan berat pada waktu malam.
Tambah Sheikh, air masak pula wajib diminum sebanyak 3-4 liter sehari. Menu yang perlu dielakkan pula adalah kurangkan nasi, makanan yang mempunyai garam, gula, minyak dan santan (perlu dikurangkan).
Beliau bersenam setiap hari walaupun tidak pergi ke gimnasium. Jika terlalu sibuk dengan kerja dan tiada masa, beliau masih akan bersenam sekurang-kurangnya 15 minit sehari.
Sheikh juga akan melakukan senaman pada setiap pagi selama 15 minit sehari. Sekiranya tidak pergi ke gimnasium, dia akan membuat senaman ‘body pumping’ dari dada sehingga ke kaki selain ber’jogging’, ‘planking, ‘climber’, ‘abs workout’ sehingga penat.
Setelah mengamalkan gaya hidup yang sihat selama setahun, akhirnya penat lelah dia telah membuatkan hasil apabila menjadi inspirasi terhadap orang lain untuk menurunkan dan mendapatkan berat badan ideal.
Sumber : Maskulin

-
WOW11 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit