Connect with us

Infozon

Perbezaan di Antara Jeddah, Madinah dan Mekah yang Masih Ramai Orang Islam Keliru

Bagi mereka yang mahu mengerjakan ibadah ke tanah suci, nama bandar-bandar di Arab Saudi seperti Jeddah, Madinah dan Mekah seringkali disebut-sebut berulang-ulang kali. Meskipun telah beberapa kali diberikan penerangan, ramai yang sebenarnya masih keliru dengan perbezaaan di antara ketiga-tiga bandar ini.

Bagi membantu saudara-saudara seagama memahami dan membezakan bandar-bandar ini, seorang pengguna Facebook yang menetap di Mekah telah menulis secara ringkas FAQ yang selalu ditanyakan kepadanya oleh bakal-bakal jemaah ke tanah suci.

Semenjak dua menjak ini, ada kawan-kawan yang mesej peribadi bertanyakan beberapa soalan:

1. Madinah, Mekah dan Jeddah ini berada di satu kawasan yang sama ke?

Kenapa orang pergi umrah, mesti turun di lapangan terbang Jeddah? Kadang itu turun di Madinah?

3. Orang buat umrah di mana sebenarnya, Madinah ke, Mekah, ke Jeddah?

Fuh, itulah antara soalan yang aku dapat. Namun bagus sangat soalan-soalan begini, kita yang belum sampai lagi memanglah tak faham. Aku dulu pun begitu. Tak apa, tak usah malu bertanya. Aku cuba jawab moga-moga kau faham.

Perkara pertama yang perlu kita tahu adalah Madinah, Mekah dan Jeddah ini tempat lain-lain. Namun ketiga-tiga tempat itu masih di dalam kawasan Arab Saudi. 

Lapangan terbang King Abdulaziz

Di Mekah tak ada lapangan terbang, jadi mereka yang dari lapangan terbang Malaysia nak terus ke Mekah akan turun di lapangan terbang yang berdekatan iaitu di Jeddah. Tak jauh sangat pun, lebih kurang 100 kilometer sahaja, dalam sejam perjalanan.

Namun jika jemaah berkenaan nak turun di Madinah, tak jadi masalah sebab di Madinah sendiri memang sudah ada lapangan terbang.

Perjalanan dari Mekah ke Madinah sajalah yang sedikit jauh iaitu 436 kilometer. Kalau naik bas mungkin sekitar 5 jam tanpa berhenti rehat. Kebiasaannya pemandu bas akan berhenti juga untuk rehat dan makan. Penat juga duk pegang stereng lama-lama. Kita di kerusi belakang pun nak juga turun menggeliat tegangkan urat.

Berkenaan umrah, ibadat umrah hanya dilaksanakan di Mekah sahaja, iaitu di Masjidilharam yang adanya binaan Kaabah di dalam.

“Habis itu orang ke Madinah buat apa?”

Mereka ke Madinah sebab di sana terbinanya Masjid Nabawi yang Nabi SAW beritahu, sesiapa yang solat di sana akan dapat 1000 kelebihan pahala melebihi masjid-masjid yang lain. Di sana juga terdapat satu tempat yang namanya Raudhah, satu kawasan yang dikhabarkan oleh Nabi SAW sebuah taman dari syurga.

Masijd Al-Nabawi di Madinah

Selain itu, di sinilah juga dikebumikan jasad Nabi SAW yang mulia. Banyak lagi woih, nantilah aku ceritakan di hantaran yang lain. Insha-Allah.

Sebab itu kebanyakan iklan umrah akan tulis “Pakej Umrah dan Ziarah.” Umrah di Mekah. Ziarah pula di Madinah.

Kaabah di Masjidilharam

Nah kata kunci untuk kau ingat:

1. Mekah= Ada Masjidilharam, dalam sana ada Kaabah. Tempat orang buat umrah.

2. Madinah= Ada Masjid Nabawi, dalam sana ada Raudhah (Salah satu taman dari syurga)

3. Jeddah= Lapangan terbang sahaja.

Setakat ini faham? Kalau ada apa lagi yang masih tak jelas, boleh tanya. Aku cubalah jawab setakat yang aku tahu. Boleh tolong panjangkan mesej ini pada mereka yang masih keliru di luar sana? Tekan share di bawah sebelah kanan ya.

Sumber : Najmi Farisham

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending