Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pengurusan, Kelengkapan Jenazah Antara Bantuan Kerajaan Kepada Waris Mangsa Nahas Pesawat

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kerajaan akan menghulurkan  bantuan kepada waris mangsa nahas pesawat Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Elmina, Shah Alam, semalam.

Menurut laporan Harian Metro, terdapat beberapa jenis bantuan yang bakal diberikan iaitu pengurusan dan kelengkapan jenazah serta penginapan kepada waris mangsa.

Jelasnya lagi, pihaknya sedang meneliti jenis bantuan lain yang perlu diberikan kepada waris mangsa memandangkan ada ahli keluarga yang tidak mempunyai pekerjaan yang tetap.

“Tindakan dilakukan sekarang ialah mempercepatkan proses forensik dan urusan berkaitan ujian DNA (asid deoksiribonukleik).
“Semuanya itu akan diuruskan kerajaan, sebaik selesai (proses pengurusan jenazah), sama ada pihak majlis agama, kerajaan negeri Selangor atau jabatan berkenaan,” katanya dalam sidang media di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, hari ini.

Bukan itu sahaja, Anwar yang juga merupakan Menteri Kewangan memberitahu kerajaan dan kerajaan negeri sentiasa bekerjasama dalam membantu meringankan beban keluarga mangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bahkan, beliau menzahirkan ucapan terima kasih buat semua pihak terutamanya petugas keselamatan dan kesihatan kerana banyak membantu sepanjang mengendalikan kejadian terbabit.

“Saya ikuti dari semalam (perkembangan kejadian). Alhamdulillah, saya bersyukur kerana petugas keselamatan, jabatan agama, jabatan forensik dan beberapa badan kebajikan lain daripada kerajaan bertindak cekap.
“Dari segi persiapan penginapan semuanya diuruskan dengan begitu cekap dan saya bangga,” katanya.

Sejak semalam, negara telah digemparkan dengan satu insiden yang sangat menyayat hati dimana sebuah pesawat ringan terhempas di Elmina, Shah Alam.

Difahamkan, pesawat tersebut membawa lapan orang penumpang termasuk dua kru dalam perjalanan dari Langkawi ke Subang sebelum dilaporkan terhempas di lebuhraya Guthrie.

Antara mangsa yang terkorban termasuklah Exco Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun manakala dua orang awam turut meninggal dunia dalam kejadian tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Raja Noraina Raja Rahim, Muhaamad Hafis Nawawi, Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil, Ruwaida Md Zain dan Norzamira Che Noh)

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kadang kita lupa, kata-kata kecil boleh meninggalkan kesan besar. Semalam, satu isu tular di media sosial membabitkan seorang ‘live host’ Tiktok yang bekerja dengan...

Lokal

Kisah tular membabitkan Safiudeen Pakkeer Mohamed, (lelaki yang disiram depan bank) akhirnya menemui titik penyelesaian apabila lelaki berusia 39 tahun itu bakal pulang ke...

Sosial

Tindakan usahawan popular, Jofliam berkongsi aksi membiarkan dua orang anaknya iaitu Han dan Yuki menghasilkan contengan lukisan pada kotak piza milik pelanggan mencetuskan kemarahan...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd