Connect with us

Inspirasi

Penghantar Makanan Menangis, Pelanggan Belanja Kek Untuk Hari Jadinya

Ketika ini, tugas penghantar makanan adalah antara pekerjaan yang sangat sibuk berikutan mendapat banyak pesanan daripada penduduk yang tidak dapat keluar atas arahan kerajaan negara masing-masing.

Susulan daripada itu, penghantar makanan pastinya terpaksa bekerja lebih masa untuk memastikan setiap pesanan diterima oleh pelanggan. Jadi, mereka sudah tentu terlalu sibuk dan kadang-kala lupa akan keperluan diri sendiri.

Kejutan daripada pelanggan

Hal ini samalah seperti yang berlaku di China apabila seorang penghantar makanan terlalu sibuk sehingga tidak mengingati tarikh lahirnya sendiri.

Namun, dia telah mendapat kejutan daripada pelanggannya yang membuat pesanan sebiji kek dan apabila dia ingin mengambil pesanan tersebut untuk dihantar, pemilik kedai memaklumkan bahawa kek itu adalah milik penghantar makanan tersebut.

Kesat air mata sambil tiup lilin

Perkara itu dikongsikan di laman sosial Weibo apabila penghantar makanan di Wuhan seakan tidak percaya dan berasa begitu terharu dengan hal tersebut.

Advertisement

Dia membawa kek itu di luar kedai dan duduk di suatu sudut sambil menangis memegang kek yang lengkap dengan lilin yang menyala.

Beberapa gambar yang diambil secara jarak jauh telah tular dan membuatkan ramai sebak melihat keadaan itu.

Dalam video itu juga terlihat jelas dia mngesat air mata sambil meniup lilin hari jadinya seorang diri. Sudah tentu dia berasa terharu dengan momen tersebut kerana masih ada yang mengingati hari istimewa dirinya meskipun sedang sibuk bekerja.

Sumber : Weibo

 

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Trending