Infozon
Pengarah Upacara Pembukaan Olimpik Tokyo Dipecat

Pengarah upacara pembukaan Olimpik Tokyo 2020, Kentaro Kobayashi, dipecat susulan kenyataannya mengenai “Holocaust” tular semula di media sosial, lapor Xinhua.
Langkah itu diambil penganjur Tokyo 2020 sehari sebelum upacara pembukaan sukan itu yang dijadualkan pada Jumaat malam.
“Kami meminta maaf kepada pihak berkepentingan, Tokyo dan rakyat Jepun atas apa yang berlaku, apatah lagi kejadian ini berlaku sebelum upacara pembukaan,” memetik kenyataan pihak penganjur.
Kobayashi dikatakan mempersendakan Holocaust dalam sebuah program komedi pada 1998. Holocaust merujuk kepada pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan tentera Nazi ketika Perang Dunia II.
“Berikutan pemecatan itu pihak kami sedang membincangkan bagaimana upacara itu akan dikendalikan,” kata Presiden Tokyo 2020 Seiko Hashimoto pada sidang media di sini Khamis.
Sumber: Bernama

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit