Connect with us

WTF

Penganggur Mengaku Tidak Bersalah Lemaskan 3 Ekor Kucing Dalam Mesin Dobi

Minggu ini, rakyat Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan kes kucing mesin dobi yang dilakukan oleh individu yang tidak berhati perut. Perlakuan kejinya itu telah berjaya dirakam menerusi rakaman litar tertutup milik kedai dobi di Kepong.

Lebih mengejutkan ramai, lelaki ini telah melemaskan tiga ekor kucing sekali gus tanpa rasa serba salah. Desas desus mengatakan bahawa si pelaku merupakan pengganggur yang mempunyai masalah mental.

Mengaku tidak bersalah!

Hari ini, si pelaku iaitu Muhammad Najwan Zulkefli yang berusia 24 tahun telah didakwa di Mahkamah Sekyen Selayang, atas pertuduhan membunuh tiga kucing dengan melemaskan haiwan itu di dalam tiga mesin basuh di sebuah kedai dobi layan diri di Kepong, Ahad lalu.

Namun, dia mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Syafeera Mohd Said.

Lelaki itu didakwa dengan kejamnya atau secara tidak munasabah membuat atau meninggalkan untuk melakukan apa-apa perbuatan menyebabkan kesakitan atau penderitaan tidak sepatutnya kepada tiga ekor kucing.

Pemeriksaan lanjut bakal dibuat

Sementara itu, Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Selangor, N Nageswara memohon mahkamah supaya tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak untuk pemerhatian dan penelitian memandangkan perwatakan tertuduh tidak stabil.

Mahkamah kemudian membenarkan lelaki itu ditempatkan di hospital berkenaan untuk pemeriksaan lanjut, selama sebulan.

Jika sabit kesalahan, penganggur itu boleh didenda tidak kurang daripada RM20,000 atau tidak lebih RM100,000 atau dipenjarakan tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya dan tarikh sebutan semala kes ditetapkan pada 13 Ogos 2020.

Sumber: Berita Harian.

Continue Reading
Advertisement

Trending