WTF
Peneman Tidur Waktu Malam, Budak Suka Peluk Patung Kesayangan Serupa ‘Pocong’

Tidak dinafikan lagi, anak patung cukup sinonim dengan kanak-kanak.
Biasanya, sebut sahaja tentang anak patung kanak-kanak ini pasti ramai yang terbayang rekabentuk patung yang comel, bermata bulat dan dihiasi dengan pakaian cantik dan berwarna-warni.
Namun begitu, lain pula bagi kanak-kanak perempuan berasal dari Indonesia ini yang mana kisahnya menjadi tular apabila ramai yang terkejut melihat patung kesayangannya.
Minat patung ‘rare’
Siapa sangka, kanak-kanak ini memilih patung yang agak ekstrem iaitu patung berupa hantu ‘pocong’ sebagai patung kegemarannya.
Apa yang lebih mengejutkan adalah dia tidak kelihatan gerun langsung malah memeluk patung itu sambil tersenyum gembira ketika gambarnya diambil.
Peneman tidur di waktu malam..
Bukan itu sahaja, dia juga menjadikan patung ‘pocong’ itu sebagai peneman tidur di waktu malam!
Seperti ‘teddy bear’, dia akan meletakkan patung itu di sebelahnya sebelum tidur pada setiap malam. Seram!
Seorang bocah perempuan punya hobi horor menyukai boneka pocong sampai dijadikan teman tidur. pic.twitter.com/hLhLyF56aq
— ︎ ︎ (@cryptovasi) June 22, 2021
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terkesima melihat patung kesayangan anak kecil ini.
Malah ada juga yang berasa hairan mengapa ibu bapa kanak-kanak itu memberikannya patung sebegitu sebagai permainan.
Mana tidaknya, jarang sekali kanak-kanak menyukai sesuatu yang dianggap sebagai menakutkan dan ngeri oleh individu lain termasuklah orang dewasa.
Ngerinya dik
Pocong pun mesti takut dia
Kalau aku jadi mak, dah ruqyah anak aku
Bingung nak takut atau ketawa
Kalau jumpa yang sebenar mesti nak bawa balik
Tak takut ke??
Alahai, beraninya kau dik! Orang besar pun ‘confirm’ akan lari ketakutan kalau nampak patung tu sebelah katil malam-malam. Boleh sakit jantung dibuatnya.
Sumber: Twitter @cryptovasi

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit