WTF
Penduduk Napoh Tuntut Ganti Rugi, Tauke Nasi Kandar Salleh Bakal Disaman 1 Juta

Selepas dikenakan hukuman penjara lima bulan dan denda RM12,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, pemilik kedai Nasi Kandar Salleh di Napoh, Kubang Pasu bakal menghadapi tuntutan saman pula oleh peniaga dan pekerja di kawasan berkenaan.
Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) Mohamad Yusrizal Yusoff yang mewakili peniaga dan pekerja berkenaan yang mahu menuntut ganti rugi selepas pendapatan mereka terjejas ekoran penularan kluster Sivagangga.
“Setakat ini seramai 100 peniaga terdiri daripada pengusaha kedai runcit, kedai makan peniaga pasar malam dan pekerja yang bergaji harian di sekitar Napoh atau kedai Nasi Kandar Salleh membuat aduan kepada kita dan mahu menuntut ganti rugi selepas pendapatan mereka terjejas.
“Sebelum ini (sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan) pendapatan mereka sudah terjejas lebih dua bulan dan sekarang terjejas semula susulan TEMCO (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar) yang disebabkan oleh pemilik kedai nasi kandar itu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Ketika ini CAKE sedang mengumpul maklumat kerugian yang dihadapi peniaga dan pekerja bergaji hari di kawasan itu dan akan mengemukakan semua maklumat berkenaan kepada peguam.
Menurut Mohamad Yusrizal, CAKE telah melantik seorang peguam yang bersedia menawarkan khidmatnya secara percuma dan tuntutan itu dijangka difailkan di mahkamah, di sini, minggu depan.
“Kita harap tindakan kita ini akan memberi pengajaran kepada semua orang supaya tidak sewenang-wenangnya melanggar prosedur operasi standard yang telah ditetapkan kerajaan sehingga menyebabkan virus COVID-19 merebak,” katanya.
Semalam, pemilik kedai makan itu Nezar Mohamed Sabur Batcha, 57, dikenakan hukuman penjara lima bulan dan denda RM12,000 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan tidak mematuhi perintah pengawasan dan pemerhatian pada 14 Julai lepas sehingga mencetuskan kluster Sivagangga.
Pada 3 Ogos lalu, kerajaan mengumumkan pelaksanaan TEMCO di empat kawasan iaitu Mukim Ah, Mukim Hosba serta Mukim Binjal di daerah Kubang Pasu; dan Kampung Ulu, Padang Sanai di Padang Terap susulan penularan kes COVID-19 yang berpunca daripada kluster berkenaan.

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit