Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Pemain Tenis Tunisa Sebak Ditemubual, Mahu Derma Wang Kemenangan Kepada Palestin

Pemain tenis Tunisia, Ons Jabeur menangis sewaktu ditemubual dan memaklumkan akan menderma sebahagian hadiah yang diterima dalam Women’s Tennis Association (WTA) kepada rakyat Palestin.

Usaha untuk membantu penduduk disana

Video temubual tersebut turut dikongsikan di media sosialnya dengan menulis kapsyen mengatakan tindakan tersebut merupakan salah satu usaha yang mampu dilakukan lebih sekadar di gelanggang tenis.

View this post on Instagram

A post shared by Ons Jabeur أنس جابر (@onsjabeur)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pemain tenis Tunisia gagal kawal emosi

Memetik laporan daripada Al Jazeera, Jabeur telah memberi ucapan selepas meraikan kemenangan pertama dalam kejohanan tersebut yang berlangsung di Cancun.

Difahamkan, bekas pemain tenis nombor dua Tunisia ini telah menang ke atas pemain Marketa Vondrousova dengan kemenangan 6-4 dan 6-3.

Dia dilihat mengalirkan air mata ketika ditemubual sewaktu bercakap berkenaan konflik yang sedang berlaku di Gaza.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya sangat gembira dengan kemenangan ini tetapi saya tidak begitu gembira kebelakangan ini. Situasi di dunia tidak menggembirakan saya,” kata finalis grands slam tiga kali itu.

pemain tenis Tunisia

Pemain tenis Tunisia minta maaf kerana begitu sebak

Jabeur juga sempat berhenti ketika memberikan ucapannya dan meminta maaf kerana begitu sebak dengan situasi yang berlaku.

“Saya rasa… saya minta maaf,” kata Jabeur sambil menenangkan dirinya.
“Sangat sukar melihat kanak-kanak dan bayi mati setiap hari. Ia sangat menyayat hati. Saya telah memutuskan untuk menderma sebahagian daripada wang hadiah saya untuk membantu rakyat Palestin. Saya tidak boleh gembira dengan kemenangan ini.
“Ia bukan mesej politik, ia adalah perikemanusiaan. Saya mahukan keamanan di dunia ini. Itu sahaja,” ujarnya.

pemain tenis Tunisia

Artikel lain: Melly Geoslow Jual Barangan Peribadi Demi Kumpul Dana Bantu Palestin

Video temubual tersebut telah tular di media sosial terutamanya di aplikasi TikTok sehingga menghadirkan pelbagai komen.

Rata-rata mereka akui turut sebak dengan penjelasan pemain tenis berkenaan bahkan memuji tindakan murni yang dilakukan olehnya terhadap penduduk di Palestin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Instagram onsjabeur, aljazeera

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita warga Indonesia tampil mendakwa menjadi mangsa kecuaian doktor perubatan selepas menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta di Malaysia tanpa persetujuan bertulis, selain...

Lokal

Jawatankuasa pengurusan Kuil Hindu KL, Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman menolak tawaran “muhibah” bernilai RM1 juta daripada Jakel’s Trading yang meminta kuil itu mengosongkan tapak...

Sosial

Tindakan dua individu berpakaian mencolok mata ketika melakukan senaman aerobik di Bukit Badong mencetuskan kemarahan ramai pengguna media sosial. Rakaman video yang dimuat naik...

Sosial

Sunway Medical Centre, Sunway City menafikan dakwaan palsu yang tular di media sosial berhubung pengabaian rawatan terhadap seorang pesakit dari Indonesia, sambil menegaskan semua...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd