Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Didakwa Hina Nabi, Syahmie AI Team Mohon Maaf -“Saya Masih Lagi Waras…”

Pempengaruh media sosial terkenal, Alieff Irfan bersama rakan-rakannya dari AI Team dikecam selepas didakwa membuat lawak parodi yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW.

Kontroversi tercetus selepas satu rakaman perbualan tular, apabila salah seorang individu terbabit didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa pada tahun 2026 mungkin orang tidak lagi mengingati Nabi Muhammad SAW, sebelum disambut dengan ketawa oleh rakan-rakan lain dalam kumpulan tersebut.

@filzahrazi

nak bergurau tak kena tempat dik. sebab tu kena jadi bijak dgn ilmu. bukan bergurau ‘bodo’ macam ni . genZ tengah follow korang ni #aiteam

♬ original sound – FILZAH RAZI – FILZAH RAZI

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan itu, pendakwah bebas PU Syed menegaskan tindakan tersebut tidak wajar dan menasihatkan agar individu terbabit segera bertaubat serta menarik balik kenyataan yang dibuat.

Beliau turut menyifatkan kenyataan berkenaan sebagai serius dan meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut.

“Saya berharap dia bertaubat dengan taubat nasuha dan tarik balik perkataan itu.
“Kamu menyebut tahun 2026 tidak ada orang akan ingat Nabi itu adalah satu kalimah yang kufur.
“Saya harap pihak berkuasa boleh kaji balik perkataan individu ini dan ambil tindakan,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Sementara itu, pempengaruh yang mengeluarkan kenyataan tersebut, Muhamad Syahmie tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas menerima kecaman orang ramai.

Menerusi hantaran di TikTok, beliau mengakui kenyataan itu adalah kesilapan besar sepanjang penglibatannya bersama AI Team dan memohon maaf atas kekhilafan tersebut.

Katanya, kenyataan itu dibuat dalam bentuk kiasan, namun mengakui ia telah disalah tafsir dan menyinggung perasaan ramai pihak.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya akui itu adalah kesalahan yang terbesar saya sepanjang berada dalam AI Team ini.
“Tujuan saya berkata sebegitu cuma mahu menyampaikan secara kiasan agar kita umat Islam saling mengingati tentang agama Islam kita.
“Saya masih waras untuk tidak menghina atau mempersendakan agama saya sendiri,” katanya.

Artikel lain: Padah Hina Agama Sendiri, Lelaki Pijak al-Quran Dipenjara 9 Bulan

Beliau turut menegaskan bahawa walaupun niat asal bukan untuk menghina agama, kesilapan tetap perlu dipertanggungjawabkan dan beliau menerima segala teguran yang diberikan.

Katanya lagi, beliau akan mengambil iktibar daripada insiden berkenaan dan berjanji untuk tidak mengulangi kesilapan sama pada masa hadapan.

Sumber: TikTok mdsyhmie

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Sosial

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan rasa sedih terhadap keadaan Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah sarap selepas ribuan penyokong berhimpun bagi menyaksikan siaran langsung...

Lokal

Ketua Putera MIC Kebangsaan, Dr Shatesh Kumar Sangar membidas kenyataan berhubung isu penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menurutnya masih belum...

Sosial

YouTuber dan pengkritik bola sepak tempatan, Azizurrahman Zakaria menegaskan dia tidak mempunyai sebarang permusuhan dengan mana-mana pihak selepas menjadi mangsa serangan dua lelaki yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd