Connect with us

Inspirasi

“Pelukan Yang Takkan Dilupakan, Terima Kasih Mak..” – Pemuda ‘Prank’ Ibu Kongsi Luahan

Beberapa hari lalu, tular video yang dikongsikan di Facebook Friends of PDRM yang memaparkan seorang pemuda memeluk ibunya buat pertama kali selepas sembilan bulan tidak berjumpa.

Difahamkan rata-rata netizen beremosi selepas menonton video berdurasi 2.19 minit itu! Mana tidaknya, ditambah pula video dengan latar belakang lagu Buatmu Ibu nyanyian Aeman membuatkan mereka semakin sebak.

Menerusi laman Instagram @fopdrm pula, terdapat beberapa individu ‘menyeru’ nama seorang pemuda Helmi Hanifi iaitu gerangan pemuda yang melakukan ‘prank’ terhadap ibunya itu.

Meninjau pada ruangan komen, individu tersebut menyifatkan Helmi berjaya ‘mengenakan’ ibunya sehingga mengalir air mata penonton yang melihat gelagat dua beranak itu.

“Hang kenakan mak hang kan. Viral Mi (Helmi) kau sekarang. Kau buat air mataku mengalir,” antara komen pada posting tersebut.

Kongsi semula video daripada posting Friends of PDRM

“Pelukan yang takkan pernah aku lupakan, terima kasih mak!,” tulisnya ringkas.

“Famous dah mak iols” – Kakak

Rata-rata tidak menyangka pemuda dalam video tersebut adalah Helmi selain mengusik dirinya yang kini semakin popular di media sosial.

Terbaik! Mantap tuan

Sejak viral ramai dah peminat

Memang sedih tengok! Insaf

Sumber : Friends of PDRM , fopdrm , Helmi Hanifi

Continue Reading
Advertisement

Trending