WOW
Pelajar Sekolah Di Selangor Diberi Pelitup Separuh Muka Percuma

Kerajaan negeri Selangor akan mengedarkan pelitup separuh muka jenis boleh guna semula secara percuma kepada kira-kira sejuta pelajar sekolah bermula Ogos ini bagi membendung penularan pandemik COVID-19.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pelitup separuh muka terbabit hanya akan diedarkan kepada sekolah rendah, menengah dan sekolah agama kerajaan persekutuan dan negeri, sementara sekolah swasta tidak terlibat.
“Kami membuat keputusan ini setelah melihat kos pembelian pelitup separuh muka yang agak tinggi bagi sesetengah ibu bapa.
Kita akan cuba sediakan kelengkapan ini kepada (semua) pelajar, tetapi keutamaan akan diberikan kepada pelajar yang keluarganya dalam kelompok B40,” katanya pada sidang media ketika membentangkan laporan kempen Selangor E-Bazar Raya di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, hari ini.
Mengulas kempen Selangor E-Bazar Raya yang mendapat kerjasama platform e-dagang Shopee, Amirudin berkata melalui inisiatif itu kira-kira RM341.5 juta kesan riak dihasilkan para peniaga yang menyertai bazar tersebut.
Program yang bermula Mei hingga Jun itu bermatlamat membantu peniaga yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan telah menarik 8,400 penyertaan peniaga e-dagang dengan 6,400 daripadanya turut menjalankan perniagaan secara konvensional.

-
WOW1 year ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi1 year ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit