Connect with us

Infozon

Pelajar Dari Syria Kongsi Pengalaman, Bangga Dibesarkan Oleh Seorang Bapa ‘Down Syndrome’

Tidak kisahlah bagaimana keadaan ataupun tidak sesempurna mana ibu bapa tersebut, setiap anak harus menghargai ibu bapa mereka seadanya. Walaupun tidak sempurna, mereka masih berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk membesarkan anak-anak.

Seorang pelajar yang berasal dari negara Syiria, telah berkongsikan pengalamannya yang telah dibesarkan oleh bapanya yang mempunyai masalah down syndrome. Sader Isa berkongsikan kisah bagaimana dia telah dibesarkan oleh bapa istimewanya itu.

Tak pernah malu ada ayah istimewa!

Bapa kepada Sader yang dikenali sebagai Jad, walaupun mempunyai masalah penyakit down syndrome dia dikatakan seorang bapa yang sangat penyayang dan sanggup melakukan yang terbaik demi anaknya.

Sader kini merupakan seorang pelajar dalam bidang pergigian, mengatakan bahawa dia tak pernah malu memiliki bapa yang istimewa ini. Malah, dia berasa sangat bangga dengan bapanya kerana berjaya mendidik dirinya sehingga berjaya.

Hubungan sangat baik dan rapat!

Sader berasa sangat tersentuh setiap kali bapanya memberitahu kepada rakan kenalan mereka dengan bangganya bahawa anaknya kini bergelar seorang doktor. Kata Sader lagi, sangat jelas kegembiraan dan kepuasan diwajah bapa, yang anaknya bakal bergelar seorang doktor tidak lama lagi.

“Ramai yang  kagum dengan bapa saya…”

Jelas Sader lagi, bapanya pernah berkata walaupun dia seorang yang down syndrome, tetapi dia telah berjaya mendidik seorang anak sehingga menjadi orang doktor yang bakal menolong orang lain tidak lama lagi.

Bapanya juga sangat penyayang dan seorang yang pemurah. Dia tidak pernah meminta apa-apa balasan terhadap pertolongan dan jasa yang telah dicurahkan kepada anaknya selama ini.

Jelas yang dapat lihat bahawa, orang yang mempunyai masalah syndrome down ini mampu untuk membina keluarga mereka sendiri. Terdapat satu fakta juga mengatakan bahawa, mereka yang down syndrome ini mempunyai satu perasaan dan emosi yang sangat mendalam serta ingin dia layan dengan penuh hormat.

Sumber:Bored Panda.

Continue Reading
Advertisement

Trending