Connect with us

WTF

Pekerja Kilang Di China Lap Kasut Dengan ‘Face Mask’ Yang Bakal Dieksport!

Wabak pandemik COVID-19 telah berhasil mencetuskan panik hampir diseluruh dunia. Seperti yang semua tahu, wabak COVID-19 ini pada mulanya dikenal pasti berasal dari daerah Wuhan yang terletak di China.

Ketika dunia sedang bergelut melawan wabak COVID-19, sebuah video yang menunjukkan seorang pekerja kilang di China mengelap kasut dengan stok face mask menjadi tular di media sosial.

Lebih mengejutkan lagi,  face mask yang dilap dengan kasut itu dikatakan akan dieksport ke luar negara. Menurut laporan Taiwan News, video tersebut telah dirakam pada 30 Mac 2020 oleh pekerja itu sendiri dan video ini telah dibongkarkan oleh seorang vlogger China dari Wuhan dengan menggunakan nama samaran ‘Harry Chen PhD’.

Advertisement

Dalam video ini, seorang pekerja dilihat mengelap kasutnya dengan face mask keluaran kilang tersebut. Lelaki tersebut turut dilihat bergelak tawa sambil mengelap kasutnya dengan face mask yang bertaburan diatas lantai.

Chinese worker rubbing masks on shoes. (Twitter video screenshot)

Kilang face mask tersebut dikatakan terletak di bandar Zhenjiang, wilayah Jiangsu. Dalam video tersebut, pekerja kilang tersebut dapat didengari bercakap kepada perakam dalam dialek Zhenjiang pekat: “Dah cukup elok kah? Ini face mask untuk dieksport kan?” (Rujuk sumber).

Ketika ini China sedang galak menyumbang kit ujian, face mask dan pelbagai peralatan perubatan kepada banyak negara untuk memperbaiki imej negara mereka di mata dunia.

Tetapi, timbul pula dakwaan bahawa peralatan yang diberikan oleh pihak China kebanyakannya rosak dan tak boleh digunakan.

Sumber: Taiwan News.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Trending