Inspirasi
Pejuang Kanser Ketuai Negara, Sifat Tan Sri Muhyiddin Tambat Jiwa Rakyat

Dipilih memegang tanggungjawab sebagai Perdana Menteri Malaysia di saat ketika negara dilanda krisis, bukanlah satu penyesalan buat Tan Sri Muhyiddin Md Yassin.
Namun, amanah ini digunakan sebaik mungkin oleh pemimpin berusia 72 tahun ini untuk bangkit semula, memerah keringat demi menyelamatkan negara yang sedang diduga wabak penyakit.
Setiap kali ucapan perutusan disiarkan, jelas raut wajah seorang pemimpin yang ikhlas mahu melihat rakyat di Malaysia semua selamat daripada segala kesusahan.
Menjadi PM di momen yang sukar
Mungkin beliau bukanlah Perdana Menteri yang dipilih rakyat, malah dahulunya pemimpin ini pernah digelar sebagai pengkhianat.
Tetapi jatuh bangunnya dalam politik Malaysia tidak ramai yang tahu, malah beliau juga menghadapi ujian dan dugaan dalam hidupnya sebagai seorang hamba Allah.
Pejuang kanser bangkit untuk negara
Dalam apa jua krisis, beliau tenang bangkit bersama rakyat, dimanakah dapatnya kekuatan itu? Jika ramai yang nak tahu Tan Sri Muhyiddin Md Yassin merupakan seorang pejuang kanser.
Sekitar tahun 2018, beliau didignosis ketumbuhan di pankreas, menjalani pembedahan membuang ketumbuhan tersebut pada 12 Julai 2018 di Singapura.
Berbekalkan semangat juang yang tinggi, beliau menharungi beberapa sesi kemoterapi dan pembedahan, iaitu bahagian pankreas beliau dipotong 40 peratus begitu juga deodenum dan saluran hempedu (bile duct) turut dipotong.
PM yang sanggup sumbang gaji untuk rakyat
Syukur, kini beliau lebih sihat dan telah kembali mengemudi negara. Melihat sendiri keikhlasan dan kesugguhannya, sehingga sanggup mengorbankan duit gaji sendiri demi rakyat, membuatkan ramai mula menghargainya.
Sifat dan semangat beliau kini terus dikagumi oleh rakyat, pemimpin yang dahulunya bukanlah atas undi rakyat kini berjaya menyentuh hati ramai.
Semoga kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Md Yassin menjadi titik permulaan untuk kita bangkit menjadi sebuah negara bebas korupsi dan harmoni.
Sumber : Berita Harian, Astro Awani

-
WOW11 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit