Connect with us

Infozon

Peguam Kongsi Tips Tuntut Hutang dari Kawan-Kawan Guna Kuasa Mahkamah

Sebuah lagi kes yang selalu ditanya kepada saya adalah berkaitan dengan tuntutan hutang yang jumlahnya kurang daripada RM5,000 dan kebiasannya melibatkan hutang antara kawan-kawan dan saudara-mara.

 

Kebiasaannya juga tiada dokumen bertulis yg mengesahkan keberhutangan. Hanya ada bank-in slip saja.

Namun kadang-kadang bagi tangan saja, tanpa sebarang bukti tetapi mungkin ada saksi mata yang nampak serahan duit berlaku.

Jadi sekiranya anda merupakan seorang individu (berbeza dengan syarikat) yang mahu menuntut hutang kurang dari jumlah RM5,000 secara saman mahkamah, anda tidak boleh menggunakan perkhidmatan peguam.

Anda boleh saman dia secara persendirian. Caranya,

1. Pergilah ke mana2 Mahkamah Majistret terdekat dengan rumah anda.

2. Cari kaunter pertanyaan mahkamah

3. Kalau kerani tu baru lepas make up, tunggu dia selfie dulu

4. Kemudian baru tanya dia “Cik Adik, kat mana saya boleh dapatkan borang Saman Tuntutan Kecil?”

5. Lepas itu, isi borang itu dan ikutlah arahan yang tertera pada borang itu.

6. Selesai isi borang, daftarkan borang dengan membayar RM30.

7. Lepas itu poskan salinan saman itu kepada sepupu anda itu (jangan ditularkan di Facebook pula).  Gunakan perkhidmatan Pos Daftar  utk membuktikan saman telah selamat diposkan.

8. Tunggu tarikh bicara.

9. Pada masa hari bicara, cakap depan Majistret macam ini ” Dengan izin tuan, saya sudah failkan saman tuntutan kecil ini pada sekian-sekian haribulan dan saman itu telah diposkan kepada defendan pada sekian-sekian haribulan. Hari ni, Defendan tidak hadir maka saya memohon Penghakiman ke atas defendan”

10. Majistret sebelum memberi penghakiman akan minta pengesahan seperti MyKad, bank-in slip atau akuan pemberian wang secara serahan tangan.

11. Lepas itu Majistret akan jatuhkan tukul besi berkata, “Okay, penghakiman ingkar di berikan!”

12. Sekiranya defendan hadir pun lagi baik, Majistret akan sekolahkan dia terlebih dahulu sebelum mengetuk tukul itu ke atas kepala dia

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending