Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Pak Lah Pemimpin Berjiwa Rakyat, Mesra Tapi Tegas – PM Singapura

Pemergian Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi meninggalkan kesan mendalam bukan sahaja kepada rakyat Malaysia, tetapi juga kepada negara jiran iaitu Singapura.

Menurut laporan Malaysiakini, Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong menyampaikan ucapan takziah kepada isteri Tun Abdullah, Tun Jeanne Abdullah melalui sepucuk surat bertarikh 14 April yang dikongsi oleh Kementerian Singapura.

Dalam surat tersebut, Wong menggambarkan Tun Abdullah atau Pak Lah sebagai seorang tokoh yang yang mesra tetapi tegas.

Foto: todayonline

Sepanjang masa hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura, Allahyarham sentiasa menunjukkan komitmen yang tinggi untuk memajukan kerjasama serantau menerusi semangat saling memahami dan menyokong.

“Kami terhutang budi kepada Tun Abdullah atas persahabatan beliau selama ini,” katanya.

Beliau turut menambah bahawa walaupun menyandang jawatan sebagai perdana menteri, Allahyarham kekal merendah diri dan memimpin negara dengan kebijaksanaan serta penuh rasa belas kasihan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pak Lah menghembuskan nafas terakhir pada usia 85 tahun di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur pada Isnin dan dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara pada hari berikutnya.

Dalam satu lagi surat yang ditujukan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Wong turut menzahirkan penghargaan terhadap sumbangan besar Pak Lah dalam memperkukuh hubungan dua hala ini.

Foto: malaysiakini

Antara pencapaian penting semasa era kepimpinan Allahyarham ialah penyelesaian isu kedaulatan Batu Putih dan Batuan Tengah berdasarkan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa, kerana walaupun berdepan pelbagai cabaran, Pak Lah sentiasa mengamalkan pendekatan diplomatik yang harmoni dan mampu meredakan ketegangan melalui keperibadiannya yang tenang dan mesra.

Selain itu, kerjasama dalam pembangunan Iskandar Malaysia turut dipertingkatkan di bawah pentadbiran Allahyarham selain memainkan peranan penting dalam mengangkat suara ASEAN di persada dunia, serta memastikan semangat perpaduan serantau kekal utuh di tengah-tengah perubahan global.

“Sebagai Perdana Menteri Malaysia dari 2003 hingga 2009, Tun Abdullah menjadi inspirasi kepada ramai orang,” ujarnya lagi.

Sumber: malaysiakini (Nur Ashikin Abdul Aziz)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sukan

Bintang sensasi Brazil, Neymar, mengumumkan pengakhiran karier antarabangsa selepas negaranya tersingkir di pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 apabila tewas 2-1 kepada Norway di...

Spotlight

Aktor Bollywood, Aamir Khan kembali bergelar suami selepas lima tahun menduda apabila sah berkahwin dengan ahli perniagaan dan perunding gaya, Gauri Spratt dalam satu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd