Infozon
“Orang yang suka makan ikan kering berisiko derita kanser hidung…”

Baru-baru ini, rakyat Malaysia telah digemparkan dengan berita jaguh perseorangan lelaki negara iaitu Datuk Lee Chong Wei menghidap kanser hidung peringkat awal.
Berikutan itu, timbul pelbagai persoalan dalam fikiran orang ramai berkaitan tentang apakah faktor yang menyebabkan permain berusia 36 tahun ini menghidapi penyakit serius, sedangkan pergerakkan anggota badan ketika bermain badminton dan hidung, tiada kaitan.
Justeru, doktor bahagian telinga, hidung dan tekak iaitu Dr Mohd Shaiful Nizam, tampil memberitahu orang ramai apa itu kanser pangkal hidung atau dalam istilah sains, Nasopharyngeal Carcinoma (NPC).
"Doktor, betul ke atlet negara kita dapat Kanser Hidung?" – pesakitku bertanya.
"Betul la" – balasku ringkas.
"Doktor boleh cerita sedikit tak apa Kanser Hidung ini" – tanyanya lagi.
NAK TAHU?? Jom kenali Kanser Pangkal Hidung @ Nasopharyngeal Carcinoma(NPC). Follow THREAD pic.twitter.com/3RRy1gZjgM
— Dr Mohd Shaiful Nizam | Epul | (@Dr_Shaiful) September 24, 2018
Rokok dan makanan diawet…
Menurutnya, kanser ini terjadi di bahagian pangal tengkorak yang disebabkan oleh jangkitan virus Epstein Barr. Malah, gaya hidup seperti merokok dan pemakanan yang diawet seperti ikan kering dan sayur-sayuran juga adalah salah satu faktor boleh menghidapi penyakit serius ini.
Beliau menambah lagi, penyakit ini sering dihidapi dalam kalangan kaum Cina dan mengikut Data Kanser Malaysia, penyakit ini menduduki tangga ke-5 selepas kanser payu dara, usus, paru-paru dan lymphoma.
Bengkak di leher dan hidung berdarah…
Selain itu, penyakit ini boleh dilihat dari segi fizikal juga di mana pesakit mengalami bengkak di bahagian leher lebih pada 3 minggu tetapi individu tersebut tidak merasa sakit. Malah, pendarahan di bahagian hidung serta kurang pendengaran.
Cara merawat dia adalah…
Tambahnya lagi, cara rawatan untuk penyakit kanser pangkal hidung ini tidak lain, tidak bukan adalah radioterapi dan kemoterapi sahaja. Perbedahan hanya dilakukan jika ada kes-kes tertentu.
Soalan dari netizen…
Berikutan itu, beberapa soalan telah diajukan oleh Doktor Shaiful. Antaranya mengapakah kanser hidung sering dihidapi dalam kalangan kaum Cina? Serta, adakah kanser hidung dan resdung sama saja?
Sumber : Dr Shaiful Nizam.

-
WOW12 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi11 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit