Infozon
Nikah Cikgu Sendiri, Suami Beri Masa Nikmati Usia Muda Sebelum Jadi Isteri

Kisah cinta setiap orang pastinya berbeza-beza. Kadang kala kita tidak dapat meneka siapa sebenarnya jodoh yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T kepada kita.
Nikah dengan cikgu sendiri
Menerusi satu perkongsian video tular di aplikasi TikTok, seorang wanita berusia 21 tahun dari Indonesia telah berkongsi kisah menarik apabila bernikah dengan guru sekolah menengahnya sendiri.
@tahugejrot0808<3 ##myteachermyhusband♬ original sound – –
Beri peluang bakal isteri lalui usia muda
Apa yang curi perhatian adalah tindakan sang suami yang tidak terburu-buru menikahi anak muridnya walaupun mereka saling mencintai.
Dia memberi peluang kepada bakal isterinya itu untuk menikmati zaman muda selama dua tahun setengah sebelum melamarnya untuk dijadikan permaisuri dalah hidup.
Suami beri tempoh 2 tahun setengah jalani usia muda
Kisah mereka tular sehingga menarik perhatian Tribun News dan mendapat pelbagai respon daripada warganet.
Menurut wanita yang dikenali sebagai Enjelin Lensenia, dia diberi peluang oleh suami untuk bekerja dan berhibur bersama rakan-rakan sebelum sah bergelar isteri pada November 2019 setelah 3 tahun bercinta.
Tiada halangan dari kedua2 keluarga
Walaupun jarak usia mereka adalah 18 tahun, ia bukanlah satu halangan untuk mereka bersama kerana masing-masing juga masih bujang dan keluarga kedua-dua belah pihak juga tidak membantah.
“Keluarga senang saja, tidak ada yang menghalangi.”
“Semuanya menerima satu sama lain, baik keluarga saya maupun suami, karena memang kita tidak menjalin hubungan terlarang.”
“Kami sama-sama single dan belum pernah menikah,” kata Enjelin.
Selepas bercinta hampir tiga tahun sejak 2016, akhirnya Enjelin dan suaminya yang juga seorang guru bernikah pada 2019. Kini usia perkahwinan mereka sudahpun menjangkau 2 tahun.
Sumber: tahugejrot0808, Tribun News

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit