Connect with us

WTF

Niat Mahu Menderma, Tapi Malangnya Dipukau Dan RM1,200 Habis Lesap

Seperti tiada kesudahan, kes-kes penipuan ataupun scam yang melibatkan wang sudah sering kali didengan. Penipuan wang tunai ini boleh terjadi dipelbagai peringkat usia dan golongan. Sekali terkena, kesudahannya pasti berputih mata.

Niat baik seorang pakcik dikenali sebagai Liu, telah diambil kesempatan oleh orang individu yang tidak dikenali. Dua lelaki tersebut telah menipu dan mengambil wang yang bernilai RM1,200.

Ada orang minta derma

Kejadian tersebut telah dikenal pasti berlaku semalam di Kota Bahru, Kelantan. Perkara tersebut berlaku kira-kira pukul 11.30 pagi di sebuah kedai nasi ayam yang dimiliki oleh pakcik tersebut.

Pada mulanya, pakcik ini telah didekati oleh dua lelaki yang tidak dikenali kerana ingin meminta sumbangan. Sumbangan tersebut dikatakan untuk membina kuil di kawasan berdekatan

Suruh sentuh patung

Ketika dia ingin meletakkan duit ke dalam tabung, dia telah disuruh untuk tunduk kepada patung ditangannya. Pada masa yang sama, salah seorang daripada mereka telah menyentuh kepala Liu dengan alasan ia merupakan satu keberkatan buatnya.

Setelah itu, mereka kemudiannya meminta sekeping kertas kepada Liu. Semasa Liu mengeluarkan dompetnya, dia telah disuruh untuk memasukkan kertas itu ke dalam beg duitnya. Ketika itu, dia merasakan seperti keliru dan hanya menurut sahaja perintah mereka berdua.

Tinggal RM 50 je…

Dia tidak menyedari kehilangan duitnya sehinggalah Liu ingin memulangkan baki kepada pelanggannya. Dia berasa sangat terkejut apabila duitnya hanya tinggal 50 ringgit sahaja.

Bertambah malang, dua individu terbabit telah beredar dari kedainya setelah dia menyedari bahawa duitnya telah hilang dan diambil oleh mereka berdua.

Orang awam dinasihatkan agar lebih berhati-hati dan tidak mudah untuk mempercayai sebarangan orang. Lebih-lebih lagi, urusan yang tidak sahih dan melibatkan wang tunai.

Sumber: World of Buzz.

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement

Trending