Connect with us

Infozon

“Nenek moyang kita dulu selamat je bersalin kat rumah, manusia sekarang je yang mengada-ngada…”

Pada zaman dahulu, ramai ibu hamil yang bersalin di rumah dengan alasan tiada pengangkutan, jarak hospital yang jauh dan meletak kepercayaan terhadap bidan kampung.

Namun, seorang doktor perubatan telah tampil menjelaskan risiko terhadap ibu-ibu mengandung yang ingin melahirkan bayi mereka di rumah berbanding di hospital berdekatan.

“Dulu, nenek moyang kita semua bersalin secara normal kat umah je. tak pergi sepital pun. Hidup je !”

Melahirkan anak di rumah bukanlah suatu yang luar biasa di beberapa kawasan di negara kita. Proses kelahiran sebegini sudah diamalkan oleh bidan kampung dan pembantu kelahiran tidak terlatih berkurun lamanya, sejak sebelum wujudnya kemudahan perubatan moden dan hospital.

Namun, dengan kemajuan dalam sistem penjagaan kesihatan bagi wanita hamil, komplikasi serius yang boleh menyebabkan kematian ibu dan kematian bayi dalam kehamilan ataupun sejurus selepas kelahiran telah berjaya dikurangkan.

Antara alasan yg dikenalpasti :

Berasa bebas dan lebih berpuas hati dengan kelahiran di rumah.

Pemikiran yang hanya mahukan staff wanita

Mahu mengelakkan prosedur yang dirasakan tidak perlu, seperti penggunaan vacuum atau forseps semasa kelahiran ataupun caesarean.

Di negara-negara tertentu seperti United Kingdom (UK), kelahiran di rumah adalah dibenarkan untuk kehamilan berisiko rendah selepas kaunseling sewajarnya diberikan semasa pemeriksaan antenatal.

Kelahiran di rumah adalah salah satu kebiasaan bagi mereka kerana bilangan bidan bertauliah adalah mencukupi bagi menjaga wanita-wanita hamil di kawasan-kawasan yang tertentu.

Jarak rumah yang dekat dengan hospital setempat, dan bidan berpengalaman yang telah menerima akreditasi dan pengiktirafan dari kolej-kolej perbidanan di UK menjadikan perkhidmatan ini tersedia dgn banyaknya di kawasan mereka.

Nenek moyang dulu bersalin kat rumah, ok jer! – Perlu ingat bahawa terdapat kadar kematian yang tinggi di kalangan ibu dan bayi semasa kelahiran pada masa dulu di mana kebanyakkan tidak dilaporkan ketika itu dan disembunyikan daripada kita.

Kanak-kanak cacat disebabkan kelahiran kerana kecederaan otak yang tidak dikenal pasti atau kekurangan oksigen semasa kelahiran adalah antara komplikasi-komplikasi kelahiran yang dikenalpasti

Untuk mereka yg memilih bersalin dirumah bertemankan Doula, ada ajaran Doula ini yang tidak selari dengan ilmu perbidanan moden dan membahayakan nyawa ibu serta bayi.

Doula akan berada di rumah ibu untuk memberi sokongan moral ketika saat bersalin. Di rumah sendiri, ibu bebas menentukan kaedah bersalin yang mereka nak, tanpa sebarang prosedur dan ubatan.

Langit tak selalunya cerah, tak semua kelahiran berjalan lancar seperti yang diingini. Terlalu banyak perkara yang tidak dijangka boleh berlaku secara tiba-tiba ketika proses kelahiran sekaligus meragut nyawa. Bersalin bukan kerja main-main.

Walaupun Doula ini menekankan bilamana berlaku kecemasan ibu akan dibawa ke hospital segera. Persoalannya berapa cepat ibu boleh sampai ke hospital jika TIADA perkhidmatan ambulans yg da ready mendapat makluman awal di mana rumah ibu yang sedang bertarung nyawa melahirkan anak?

Tu belom lagi ambulans sesat nak carik umah ! Bila masa ambulans da sampai rumah dan bergegas bawak ibu ke hospital, ibu mungkin susah mengalami komplikasi yang teruk. Ibu-ibu yang memilih kelahiran di rumah perlu jelas menyedari keterbatasan tugas seorang doula.

Saya petik dari satu laman sesawang doula di Malaysia. “Your duties may include comfort and emotional support during labour and birth, but do not include medical observation, advice, diagnosis or treatment.

Doulas are NOT certified nor qualified to provide primary care for mother nor baby and DO NOT SERVE TO RECOGNIZE OR TREAT EMERGENCIES that may arise during labour or birth”.

Nampak tu? Doula takda ilmu perubatan jauh sekali ilmu obstetrik untuk berdepan dengan kecemasan – tapi sangat berani utk memperjudikan nyawa ibu dan bayi. Memang la selesa bersalin kat rumah, tapi bila ada emergency tahu ke nak buat apa?

Siapa sebenarnya yang lebih prihatin dengan kesihatan ibu dan bayi secara keseluruhannya? Adakah doula-doula ini benar-benar ikhlas untuk mewujudkan pengalaman manis bersalin pada ibu-ibu? Adakah pendapatan lumayan daripada perniagaan doula ini telah mengaburi akal dan fikiran?

Saya ingin mengesyorkan doula-doula yang dikatakan bertauliah ini supaya lebih bertanggungjawab. Jika si ibu itu berisiko tinggi, sila NASIHATKAN ibu itu untuk bersalin di hospital.

Takda masalah nak guna khidmat doula pun jika kehamilan itu berisiko rendah, itupun perlu pengawasan bidan terlatih. Gaji saya dan jururawat di hospital awam tidak bertambah sikit pun jika makin ramai ibu yang datang bersalin dengan kami. Kami nak mak dengan bayi selamat. Tu je.

Biarpun saya antara DOKTOR LELAKI yang ‘dibenci’ sangat di dewan bersalin sehinggakan ada pesakit mahupun suami pesakit menghalau saya ketika bertugas atas panggilan, saya tetap menggalas tanggungjawab memastikan nyawa ibu dan bayi selamat setiap masa. Nyawa tiada galang gantinya.

Sumber : Muhammad Eizat

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending