Connect with us

Berita

Naik 40%, Gaji Ketua Menteri Sabah Naik Dari RM23,595 Kepada RM33,033

CikKoin

Diterbitkan

pada

Meskipun negara sedang berhadapan dengan ketidakstabilan ekonomi, ia tidak menghalang buat Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah  untuk meluluskan kenaikan gaji bagi Ketua Menteri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan anggota pentadbiran negeri yang lain.

Difahamkan, gaji Ketua Menteri dinaikkan kepada RM33,033 berbanding sebelum ini hanya RM23,595 sebulan. Timbalan Ketua Menteri pula adalah RM29,221.50 (RM20,872.50), Menteri RMRM22,869 (16,335) dan Speaker DUN RM22,869 (RM16,335)

Manakala, gaji Pembantu Menteri adalah RMRM17,787 (RM12,705), Timbalan Speaker DUN RM17,787 (RM12,705), ADUN RM11,130 (RM7,950) dan Setiausaha Politik RM7,623 (RM5,445).

Jelas Datuk Dr Yusof Yacob, kenaikan gaji itu adalah relevan dengan kenaikan pendapatan Sabah yang menunjukkan potensi sangat baik sehingga mampu untuk menarik lebih banyak lagi pelaburan asing dalam negeri tersebut.

“Kita sebagai wakil rakyat ini bagai sebuah ATM (mesin juruwang automatik) untuk rakyat dapatkan bantuan, saya sendiri macam-macam daripada bapa tinggal jauh lawat anak di hospital pun minta bantuan wang, jadi kenaikan ini sebenarnya kita salurkan balik kepada rakyat,” katanya.

Tambah Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang mencadangkan usul itu menegaskan, kenaikan gaji yang ditetapkan kepada pemimpin tersebut tidak akan memberi kesan yang buruk terhadap ekonomi negeri itu yang hanya menelan kos berjumlah RM5.6 juta sahaja dalam setahun.

Ujarnya, rakyat tidak perlu risau akan perkara tersebut kerana ia telah dikaji secara terperinci oleh jawatankuasa diketuai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Sabah Datuk Datu Rosmadi Datu Sulai.

Besar harapannya agar kenaikkan gaji kepada wakil rakyat serta pemimpin yang lain akan dapat meringankan beban mereka yang sering turun padang dalam membantu golongan yang susah selama ini.

Sumber: Berita Harian

Facebook Comments

Sambung Baca
Advertisement

Trending