WTF
Nafi Rumor Kematian, Kim Jong Un Hanya Menyorok Elak Dijangkiti COVID-19

Pada pertengahan bulan April lalu, penduduk dunia digemparkan dengan laporan berita mengenai kematian pemimpin Korea Utara Kim Jong Un. Spekulasi ini timbul setelah beliau dilihat tidak hadir pada sambutan hari lahir datuknya pada 15 April lalu yang menimbulkan tanda tanya mengenai tahap kesihatannya.
Pemimpin berkenaan dikatakan telah menjalani pembedahan jantung dan dikatakan meninggal dunia semasa menjalani procedur tersebut.
Kini laporan terbaru mendapati dan memecahkan spekulasi kematiannya, Kim Jong Un dikatakan telah meninggalkan daerah Pyongyang dan sedang bersembunyi di Semenanjung Wonsan-Kalma minggu lalu di sebuah vila peribadi miliknya.
Didakwa pergi ke daerah berkenaan kerana ingin menjauhkan diri dari orang ramai kerana takut dijangkiti wabak COVID-19 selepas pengawal peribadinya disyaki telah dijangkiti.
Sebuah laporan lagi mengatakan bahawa, Kim Jong Un telah mengirim surat kepada pekerja pembangunan yang bertanggungjawab membina resort perlancongan di Wonsan. Perkara ini telah disebarkan secara meluas oleh pasukan media Korea Utara bagi membuktikan bahawa pemimpin mereka masih hidup dan menafikan berita yang tersebar.
“Kedudukan pemerintah kita kuat. Kim Jong-un masih hidup dan sihat,” katanya penasihat dasar luar Presiden Korea Selatan Moon Jae-in.
Sumber: The Sun.

-
WOW11 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit