Infozon
Mungkin Nyanyuk, Pakcik Tua Berjalan Kaki Dari Karak Ke Johor

Pada bulan mulia ini, setiap insan pastinya mahu menyambut puasa bersama-sama dengan insan tersayang. Namun, tidak semua insan dapat merasai kenikmatan bulan Ramadan bersama-sama ahli keluarga mereka atas sebab tertentu.
Di Facebook, salah seorang pengguna tersebut telah mengwar-warkan kisah mengenai seorang pakcik yang tidak diketahui latar belakangnya. Pakcik berusia lingkuan 70-an ini dijumpai berjalan kaki dari Karak dan menuju ke Johor.
No IC tak ingat, hanya bagi 7 angka sahaja
Pakcik yang dikenali sebagai Haji Abdul Jabar bin Sulaiman ini telah dibawa ke balai polis Kemayan, Pahang bagi tindakan susulan. Malangnya, nombor kad pengenalan yang telah dimaklumkan olehnya tidak sah dan hanya mempunyai 7 angka sahaja.
Dah 3 hari makan tidur di Masjid Kemayan
“Rasanya pakcik ni nyanyuk…”
Di ruangan komen, ramai yang dilihat bersimpati dengan pakcik tua ini. Malah ada juga yang mengatakan bahawa pakcik ini berkemungkinan sudah nyanyuk.
Ada juga sebahagiannya pernah terlihat kelibat pakcik ini di sekitar Pulau Tioman sebelum ini.
Selalu datang dekat Pulau Tioman
Selalu tidur dekat masjid sekitar Pulau Tioman
Waris terdekat ataupun ahli keluarga mohon tampil dan bertanggungjawab menuntut pakcik ini. Semoga segalanya dipermudahkan dan bakal ada sinar buatnya.
Sumber: Facebook.

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit