Cute
Muka ‘Ganas’ Tapi Jiwa Lembut, Cimpanzi Tak Kedekut Kongsi Makanan Dengan Kura2

Selain manusia yang memerlukan kasih sayang antara satu sama lain, haiwan juga mempunyai sifat belas kasihan terhadap sesama spesis dalam menjalani kehidupan seharian.
Sebuah video yang dimuat naik Moksha Bybee di laman Instagram memaparkan aksi seekor cimpanzi sedang berkongsi makanan bersama kura-kura dengan menyuap sebiji buah epal.
Sambil duduk mengunyah, cimpanzi itu tidak bertindak ganas atau mementingkan diri sebaliknya menghulurkan buah berkenaan kepada kura-kura yang hanya mampu menjilat rasa.
Moksha berkata, dia berharap rakaman berdurasi 16 saat dengan menggunakan aplikasi TikTok itu boleh memberikan senyuman buat pengikutnya yang menonton video tersebut.
Tindakan cimpanzi terbabit sekaligus dapat mengajar manusia bagi melakukan kebaikan tanpa mengambil kira berlainan status, agama atau bangsa.
Posting itu dipenuhi komen positif netizen dimana rata-rata kagum melihat sifat penyayang yang dimiliki cipanzi itu selain memuji kecomelan kedua-dua haiwan tersebut.
Sumber : Instagram

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit