Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Zakir Naik Berucap Di Perlis Selepas Dapat Kebenaran Mufti – Jawatankuasa Fatwa Negeri

Seorang ahli  Jawatankuasa Fatwa Perlis mempertahankan tindakan pihak berkuasa agama negeri itu memberi ruang kepada pendakwah bebas, Dr. Zakir Naik berucap di Perlis baru-baru ini.

Memetik laporan Malaysiakini, Ahli Jawatankuasa Fatwa Perlis itu, Profesor Dr. Muhamad Rozaimi Ramle berkata hal ehwal agama Islam adalah terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan ia diketuai oleh sultan, kecuali bagi negeri tertentu seperti Wilayah Persekutuan.

Zakir naik berucap di Perlis selepas dapat kebenaran Mufti

Zakir Naik Berucap Di Perlis

Foto: Malaysiakini

Menurut Rozaimi, ceramah yang disampaikan Zakir di Kangar baru-baru ini sudah mendapat kebenaran daripada Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Isu (hal ehwal) agama terletak dalam kuasa kerajaan negeri,” katanya.

Rozaimi yang juga merupakan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (Unisiraj) selanjutnya berharap bidang kuasa itu dihormati oleh semua pihak khususnya orang bukan Islam.

Artikel lain: Mayat Lelaki Ditemukan Dalam Tangki Air, Identiti Masih Misteri

“Saya harap ahli parlimen bukan Muslim jangan masuk campur urusan orang Islam,” ujarnya.

Sebelum ini, seorang ahli parlimen kerajaan, RSN Rayer pada Rabu membangkitkan persoalan berkenaan Zakir ekoran tindakan pendakwah yang dikehendaki kerajaan India sejak 2016 itu dikatakan berceramah dalam satu program di Perlis.

Ada MP persoaln tindakan Zakir Naik berucap di Perlis

Foto: Free Malaysia Today

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya ingin tanya kepada PDRM (Polis Diraja Malaysia) terutamanya kepada ketua polis negara, adakah larangan ini masih lagi berkuat kuasa?
“Kalau ia masih berkuat kuasa, baru-baru ini portal berita The Scoop melaporkan bahawa Zakir Naik telah membuat satu ucapan ataupun membuat dakwah terbuka dalam satu majlis di Kangar pada 2 Feb 2025.
“Sekiranya laporan ini benar, persoalan saya ialah, kenapa Zakir Naik tidak mematuhi larangan berucap dan berdakwah yang dikenakan ke atas beliau?” soal RSN Rayer pada sidang media di parlimen pada Rabu.

Sumber: Malaysiakini (Haspaizi Zain)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Sukan

Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib mencipta sejarah apabila muncul rakyat Malaysia pertama merangkul gelaran dunia ONE Championship selepas menewaskan legenda Muay Thai Thailand,...

Sosial

Network School yang sebelum ini beroperasi di Forest City, Johor bakal melangkah ke fasa baharu apabila merancang membuka kampus baharunya di Kazakhstan menerusi kerjasama...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd