Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

YouTuber Thailand Upah ‘Rider’ RM1,775 Beli Nasi Ayam Di Singapura

Baru-baru ini, tular di media sosial video seorang rider yang menaiki pesawat dari Thailand menuju ke Singapura.

Video tersebut telah dirakam seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Thita.vy dan membuatkan ramai terkejut apabila melihat rider berpakaian seragam sebuah syarikat penghantaran e-hailing menaiki pesawat.

Rider naik pesawat dapatkan pesanan pelanggan

Difahamkan, rider berkenaan telah diupah oleh pelanggan untuk membelikannya nasi ayam kegemarannya di Singapura.

@thita.vy

อยากกินขนมโตเกียว พี่เขาจะไปซื้อที่ญี่ปุ่นให้มั้ย 🤓 #วาสนาผู้ใด๋น้อ #grab #grabth

Advertisement. Scroll to continue reading.

♬ วาสนาผู้ใด – Parkmalody

YouTuber Thailand yang upah

Susulan daripada itu, seorang YouTuber Thailand dikenali sebagai Songsak Panyatarak mendakwa bahawa dialah yang mengupah rider tersebut untuk membeli nasi ayam terbabit kerana begitu menginginkannya.

Dalam saluran YouTube lelaki terbabit, dia menegaskan bahawa rider berkenaan bukan pelakon dan memang seorang penghantar makanan.

“Dia bukan seorang pelakon, dia memang seorang rider Grab,” ujarnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perjanjian antara YouTuber Thailand-rider sahaja

Namun, Songsak menyatakan bahawa persetujuan membeli makanan itu adalah antara dirinya dan rider itu sahaja tanpa membabitkan perjanjian dengan platform penghantar makanan berkenaan.

Ujarnya, dia teringin untuk menikmati nasi ayam di Singapura dan sekali gus mahu mengetahui sama ada rider penghantaran makanan boleh terbang merentas sempadan untuk memenuhi pesanannya.

@dumdotdom

ได้รู้จริงๆแล้วการที่เข้าไปทักชวนใครคนนึงมากินเบียร์แบบไม่หวังอะไร จะสร้างมิตรภาพที่ดีขนาดนี้ #คนจีนน่ารัก #คนจีนเป็นคนตลก #สายเปย์ #ไอโฟน15

♬ Stories 2 – Danilo Stankovic

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terima RM1,775 untuk pesanan nasi ayam

Selepas melakukan perbincangan dengan rider itu dan mendapat persetujuan kedua-dua pihak, rider itu pun menerima sejumlah $380 (~RM1,775) untuk membeli nasi ayam yang dipesan.

Dia turut dibekalkan satu kamera GoPro bagi merakam pengembaraan tersebut. Dapat dilihat yang para penumpang pesawat yang dinaiki rider itu terkejut melihat penampilannya yang berseragam sebuah syarikat e-hailing.

YouTuber Thailand

Makan bersama-sama rider

Selepas selesai mendapatkan nasi ayam, rider terbabit pulang dan menghantar pesanan tersebut pada malam hari. Mereka berdua telah makan bersama sambil YouTuber berkenaan mengatakan bahawa tindakan tersebut mungkin kali pertama serta terakhir dilakukan.

YouTuber Thailand

Walau bagaimanapun, menerusi laporan dari AsiaOne, jurucakap platform e-hailing itu mengatakan yang  rider penghantar makanan di dalam video itu tidak berdaftar dengan syarikat mereka sama sekali.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, platform berkenaan tidak menawarkan servis ‘rentas sempadan’ seperti yang didakwa di dalam video itu.

Sumber: TikTok Thita, YouTube DOM, AsiaOne

 

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib mencipta sejarah apabila muncul rakyat Malaysia pertama merangkul gelaran dunia ONE Championship selepas menewaskan legenda Muay Thai Thailand,...

Lokal

Seorang bapa kepada dua anak menerima padah selepas dijatuhi hukuman penjara tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana mencuri barangan keperluan...

Nasional

Keyakinan industri pertahanan global terhadap keupayaan Malaysia sebagai penganjur pameran bertaraf dunia terus diperkukuh apabila beberapa syarikat antarabangsa mengesahkan penyertaan awal dalam Pameran Antarabangsa...

Dunia

Kedutaan Itali di Bangkok memohon maaf kepada rakyat Thailand selepas sekumpulan pelajar Itali didakwa mengganggu ketenteraman awam ketika berada dalam perkhidmatan BTS Skytrain baru-baru...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd