Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Bilik Berselerak, Mayat Youtuber ‘Besarkan Zakar’ Ditemui Separuh Bogel

Seorang Youtuber ‘besarkan zakar’ terkenal Amerika, Laith Abdallah Algaz ditemui maut di sebuah pangsapuri dekat Pattaya, Thailand pada Isnin.

Menurut laporan antarabangsa, mangsa yang dikenali sebagai Leo Rex ditemui sepasukan polis di biliknya dan dipercayai sudah meninggal dunia sekitar empat jam lepas.

Sewaktu ditemui, Youtuber berusia 34 tahun itu hanya memakai baju hitam dan berbogel dari bahagian pinggang ke bawah dan berada dalam keadaan tertiarap.

Dalam masa sama, polis melaporkan mangsa mengalami pendarahan hidung dan mulut selain kesan lebam pada mata kiri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, pakaian Laith turut berselerak di merata tempat termasuk rak serta tandas di bilik mandi juga musnah sewaktu ditemui.

Laith yang berasal dari Colorado disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan pegawai polis menemui pelbagai jenis ubat-ubatan termasuk pil tidur, steroids, ganja, tablet kecemasan dan antidepresan.

Difahamkan, mangsa ditemui oleh rakannya, Aicha Humera Rattanapha, 25 selepas mereka gagal menghubunginya dan pintu bilik juga dikunci sehingga terpaksa menggunakan kunci pendua.

“Dia tinggal seorang diri dalam bilik ini. Dia juga tidak menerima ramai pelawat yang datang,”ujar Aicha.

Kapten polis Sombat Kaewmulsulk berkata, pihaknya sedang memeriksa rakaman kamera litar tertutup dan bakal menemubual suspek berpotensi.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami akan menyiasat rakan mangsa dan seorang wanita yang tinggal bersamanya sebelum dia meninggal dunia,”katanya.

Sumber: Mirror (Ryan Fahey)

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd